Nak buat mee sup ni ada yang macam-macam style sebenarnya. Kalau ikut berlainan negeri, ada lah perbezaannya dari segi bahan sup, penyediaan mee dan cara hidangan mengikut selera masing-masing. Kalau teragak nak makan mee sup tu, jom buat resepi mee sup utara penang yang simple dan sedap ni.
Tak renyah pun bahannya dan sekejap je untuk disediakan. Kalau ikutkan dalam bahan-bahan sup utara ni memang tak banyak, tapi cukup sedap dan menyelerakan. Janji ada gandingan sambal merah yang menaikkan lagi rasa dia.
Satu lagi yang anda perlu tahu. Kalau hidangan mee sup utara ni warna bihunnya memang bewarna kuning. Bila sekali pandang tu ternampak bihun kuning, tahulah ianya untuk hidangan sup utara. Nak dapat hasil kuning tu perlu rebuskan je bihun dengan sedikit serbuk kunyit.
Mee sup ni sedap dimakan panas-panas. Kalau pergi makan di stall hidangan sup utara, memang akan nampak mereka sentiasa panaskan sup untuk dijamu pada pelanggan. Sebab tahu nikmat makan sup utara ni panas-panas baru sedap.
Kalau anda nak cuba, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah ni. Ada sekali ditunjukkan cara buat sambal merah sebagai pelengkap hidangannya.
RESEPI MEE SUP UTARA PENANG SIMPLE DAN SEDAP
Biasanya sup utara ni dimasak dengan daging. Nak lagi padu, boleh campurkan tulang dan juga tetel untuk lagi sedap untuk dinikmati.
Tapi ada juga mee sup ayam. Kebiasaannya anak-anaklah yang suka makan mee sup ayam sebab mudah untuk dimakan dan kena dengan tekak mereka.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bihun (rendamkan dulu)
- Daging/tulang (siang dan bersihkan, kemudian tos)
- Cili padi
- Bawang putih
- 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga)
- Halia (diketuk)
- Sup bunjut/sup tulang
- Serbuk cili atau cili kering kisar
- Kicap
- Garam
- Gula
Cara masak bihun sup utara:
▶️ Panaskan minyak dalam periuk.
▶️ Kemudian masukkan 4 sekawan dan halia. Tumis sampai naik bau wangi.
▶️ Lepas tu masukkan sup bunjut.
▶️ Dan masukkan air.
▶️ Seterusnya masukkan daging dan rebusnya sehingga lembut.
▶️ Kalau air kurang boleh ditambahkan.
▶️ Selepas daging dah lembut, masukkan garam secukup rasa.
▶️ Kemudian toskan daging tu.
▶️ Potong daging nipis-nipis untuk dijadikan lauk nanti.
▶️ Akhir sekali taburkan daun sup dan juga bawang goreng dalam sup.
▶️ Dah siap sup.
▶️ Sementara tunggu daging direbus tadi, boleh sediakan sambal merah dan kicap pedas.
Bahan untuk kicap pedas:
- Bawang putih
- Kicap
- Cili padi tak dibuang tangkai (petua tak sakit perut)
- Cuka
- Garam
- Gula
- Sedikit air
Cara buat kicap pedas:
▶️ Kisarkan kesemua bahan.
▶️ Dah siap, dan sedia dihidangkan.
Bahan untuk sambal merah:
- Serbuk cili
- Air
- Garam
- Gula
Cara buat sambal merah:
▶️ Mudah je nak buat sambal ni.
▶️ Mula-mula campurkan serbuk cili dan air kemudian sebatikan.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili ni sampai pecah minyak.
▶️ Lepas tu perasakan dengan garam dah gula.
▶️ Sedia dihidangkan!
▶️ Akhir sekali rebuskan bihun dan masukkan serbuk kunyit sikit untuk bagi warnanya kuning.
▶️ Lepas rebus, bilas bihun dengan air biasa.
▶️ Sedia untuk dihidangkan dengan bahan tambahan lain.
BACA JUGA: Resepi Mee Celup Ala Thai Sedap Dan Padu. Masak Sampai Kuah Rasa Pekat Dan Beraroma!
Kalau kalau nak hidangkan, selain daging yang dah siap rebus tadi, ada juga bahan hiasan lain termasuk bawang goreng, hirisan daun bawang/sup, lobak masin, dan limau nipis. Barulah lengkap rasanya.
Kuah sup ni tak pedas. Jadi kena ada sambal merah untuk beri rasa dan jadi sebagai pelengkapnya. Sebab peranannya juga sebagai penambah rasa.
Rugi kalau tak cuba resepi mee sup utara penang yang simple ni. Rasanya sedap, malah tak banyak pun stepnya. Boleh buat hidangan minum petang. Selamat mencuba!