pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kudapan Dari Kulit Popia Untuk Anak-Anak! Mudah Je. Hanya Guna 3 Bahan!

0 13,159

Mak-mak yang pening kepala selalu fikir nak buat apa untuk kudapan atau makanan santai anak-anak ni. Apa kata jom ikut cara buat kudapan dari kulit popia yang dikongsikan oleh Nur Balqis ni. Kulit popia ni kita memang tahu rangup dan sedap bila digoreng.

Tapi apa bahan yang selainnya tu yang digunakan sebagai padanannya? Ini dia, kudapan kulit popia yang digabungkan dengan sosej menjadi kudapan bunga kulit popia. Resepi ni tersangatlah simple dan mudah sangat untuk sediakan.

Tak perlu susah hati nak buat snek yang susah dan banyak kerja. Hanya sediakan 2 bahan penting je iaitu kulit popia dan juga sosej.

Kalau lihat memang betul-betul nampak simple, tapi rasa dia boleh tahan juga. Lagi-lagi kalau dapat cicah dengan sos. Bila dah sekali masuk mulut, mesti susah nak berhenti.

Bila buat bentuk bunga tu nampak lagi menarik perhatian anak-anak nak makan. Nak goreng separa rangup atau rangup terpulang pada anda.

 

RESEPI KUDAPAN DARI KULIT POPIA (BUNGA KULIT  POPIA)

Untuk sosej, anda boleh gunakan apa-apa jenis sosej sama ada yang biasa, black pepper atau cheese. Ikut selera anda.

Kudapan kulit popia ni sedap kalau dapat cicah dengan sos cili Thai. Kalau nak cicah dengan mayonis, cheese atau apa-apa sahaja pun boleh juga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kulit popia 1 paket (ikut banyak mana kita nak buat)
  • Sosej Ayamas Black Pepper Chicken Frankfurters (ikut juga perasa atau jenama apa yang anda suka)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 camb tepung gandum dan sedikit air untuk buat gam lekatkan kulit popia nanti
  • Lidi pencungkil gigi

Cara buat kudapan dari kulit popia (Bunga Kulit Popia):

▶️ Mula-mula kukus dulu sosej. Selepas kukus, biarkan dulu sejuk, kemudian potong jadikan 6 ketul agak-agak.

▶️ Kemudian hiris bahagian atas sosej tu sikit jangan sampai putus untuk jadikan corak. Buat untuk setiap sosej yang dipotong tu.

▶️ Kulit popia pula lipat dan gunting jadikan 4 segi.

▶️ Kemudian lipat 2 lagi dan gunting jangan sampai putus untuk buat kelopak bunga pula.

▶️ Ambil gam tepung yang dibancuh tadi dan sapukan pada kulit popia, kemudian ambil 1 sosej dan gulung kulit popia padanya.

▶️ Cucukkan dengan pencungkil gigi yang dikerat dua.  Siap bentuk bunga. Habiskan kesemua sosej dan buat seberapa banyak anda suka.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng sehingga warna bertukar kekuningan. Goreng api kecil sahaja.

▶️ Masukkan sedikit dulu dalam kuali sebab nanti bunga akan mengembang dalam kuali.

▶️ Kemudian angkat dan toskan. Dah siap.

Masukkan dalam bekas kedap udara untuk kekal rangup. Sebelum tu, pastikan cabut dulu pencungkil gigi yang dicucuk tadi.

 

BACA JUGA: Resepi Corn Flakes Coklat Rangup Dan Sedap Tak Terkata. Sehari Je Habis Licin!

 

Kalau sekali ngap masuk mulut ni, memang boleh ketagih. Susah nak berhenti. Kulit popia ni memang sedap lepas digoreng. Lagi-lagi ada sosej yang sedap untuk tambahkan lagi keenakannya.

Tapi untuk sosej tu perlu berhati-hati sebab ada juga jenama sosej yang terlalu masin lepas digoreng. Takut nanti bila makan cepat muak dan kurang sedapnya.

Lepas ni bolehlah cuba bunga kulit popia ni sebagai kudapan anak-anak. Buat sekali banyak, nanti boleh makan berulang-ulang kali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.