pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Puding Lumut Sedap Dan Menggiurkan. Makan Sejuk-Sejuk, Confirm Sehari Je Boleh Habis!

0 14,267

Kalau musim panas, pekena puding sejuk dalam peti ais memang layan betul ni. Puding ni sejenis pencuci mulut yang segar dan melegakan tekak. Kalau dulu nenek-nenek kita selalu buat lengkong sirap dan letak dalam peti ais . Itu pun cepat je licin. Kali ni jom buat puding lumut sedap dan menggiurkan ni pula.

Memang jauh beza rupanya dari lengkok atau puding lain. Rasanya lebih berlemak manis. Kenapa dipanggil puding lumut. Lihatlah corak dan warnanya. Lapisan atas mempunyai corak seakan-akan lumut. Kalau dapat buat halus-halus, lagi menjadi dan cantik rupanya.

Puding lumut ni sedap dibuat 2 layers yang menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Kedua-dua lapisan ni anda rasa lemak-lemak disebabkan santan dan susu segar. Sesuai buat bulan puasa ni sebagai dessert.

Kalau anda nak cuba, jom ikut perkongsian resepi dari Zulaikha Ghazali ni. Hasil puding lumutnya nampak menyelerakan dan cantik terbentuk.

Buat puding sedap ni anda kena ikut cara dan step yang betul untuk pastikan puding cantik membeku dan cukup berasa bahannya. Mujur dalam resepi ni lengkap nyatakan bahan dan stepnya satu persatu yang mudah kita faham dan ikuti.

 

RESEPI PUDING LUMUT

Mula-mula buat lapisan hijau lumut di atasnya dahulu sebab lapisan ni akan dimasukkan dulu dalam loyang. Sementara lapisan agar-agar hijau ni membeku, baru buat adunan lapisan bawah pula. Jom lihat cara penyediaannya lebih jelas.

Bahan-bahan untuk lapisan atas hijau lumut:
  • Telur 2 biji
  • Santan 200ml
  • Air 4 cawan
  • Gula ¾ cawan (ikut tahap manis anda suka. Nak manis lagi, lebihkan gula. Begitu juga sebaliknya)
  • Garam ½ sudu besar
  • Pewarna hijau
  • Agar-agar 1 paket

 

Bahan-bahan untuk lapisan kuning di bawah:
  • Telur 3 biji (ambil kuningnya sahaja)
  • Butter 100 gram
  • Susu pekat ½ tin
  • Esen vanilla 1 sudu
  • 1 paket agar-agar
  • Air 3 cawan

Cara buat agar-agar lapisan hijau lumut:

▶️ Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan hijau ke dalam mangkuk kecuali serbuk agak-agar dan pewarna.

▶️ Kemudian kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas tu baru masukkan pewarna hijau dan juga serbuk agar-agar. Kacau lagi sehingga sebati.

▶️ Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.

▶️ Masak adunan ni sambil kacaunya tanpa henti dalam api yang perlahan.

▶️ Bila adunan dah mendidih dan berketul-ketul, boleh padamkan api.

▶️ Sejukkan sekejap.

▶️ Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas. Jangan tuang waktu masih panas sebab nanti ada mendapat yang membuatkan coraknya tak cantik. Ketepikan.

▶️ Sekarang buat lapisan bawahnya pula.

 

Cara buat lapisan kuning di bawah:

▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan lapisan bawah ni ke dalam mangkuk kecuali serbuk agar-agar dan air.

▶️ Kemudian kacau bahan-bahan ni sehingga sebati dan ketepikan seketika.

▶️ Dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan air.

▶️ Kemudian masakkannya dengan api yang perlahan.

▶️ Bila serbuk agar-agar dah melarut, tutup api sekejap. Selepas tu tuangkan adunan butter yang dikacau tadi.

▶️ Selepas dah tuangkan adunan butter, buka api semula dan masak sehingga mendidih. Gunakan api yang perlahan je.

▶️ Dah masak boleh tutup api.

▶️ Kemudian boleh tuangkan sikit demi sikit adunan kuning ni ke atas lapisan agar-agar hijau lumut yang dah membeku dalam bekas tadi.

▶️ Beginilah rupa selepas kedua-dua lapisan dah dimasukkan ke dalam bekas.

▶️ Bolehlah simpan dalam peti ais.

 

BACA JUGA: Bubur Butir Nangka Sedap, Manis Dan Berlemak. Buat Seperiuk Confirm Cepat Habis!

 

▶️ Dah sejuk boleh keluarkan dan potong kemas-kemas. Sedia untuk dihidangkan.

Memang sekali pandang puding lumut ni terus terliur. Kalau dapat makan memang puas. Dengan sejuknya, dan rasa lemak manis. Puding lumut ni jika nak dihidangkan untuk keluarga dan tetamu memang sesuai sangat.

Warna dan coraknya tu buatkan puding ni nampak mewah dan istimewa. Antara dessert yang boleh dijadikan hidangan masa rumah terbuka. Nanti bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.