Segalanya Tentang Makan..

Puding Marble Sedap Dan Manis Memikat Selera. Nikmat Makannya Sejuk-Sejuk.

0 1,227

Dalam banyak-banyak pemanis mulut, rasanya tak dapat nak sangkal yang puding ni paling sedap dan melegakan tekak. Pemanis mulut yang lain dah tentu sedap juga. Tapi puding ni kelebihannya nikmat kalau makan sejuk-sejuk. Lagi-lagi puding marble yang sedap dan manis macam ni.

Dapat pula corak marble yang cantik warnanya. Mau anak-anak buka tutup peti sejuk duk ulang-ulang makan. Rasanya yang manis dan berlemak-lemak tu yang buatkan sedap. Puding marble dari resepi Surianti Ramli ni bukan sekadar puding biasa.

Ada bahan roti, susu pekat, susu cair dan macam-macam lagi yang lengkap dengan rasa manis dan lemaknya. Mana tak menggila kalau dapat makan waktu sejuk-sejuk tu. Seloyang dah tentu habis waktu tu juga makan satu keluarga.

Nak dapatkan corak marble tu guna bancuhan serbuk koko. Yang ini kena ikut kreativiti anda macam mana nak dapatkan corak macam tu.

Dalam resepi ni ada bagitau caranya. Tak susah pun stepnya. Jarang orang buat tak menjadi corak marble. Jom lihat perkongsian resepi ni.

 

RESEPI PUDING MARBLE

Sebenarnya nak buat corak marble ni pun ikut juga citarasa anda nak pakai warna apa. Ada yang buat 3 warna. Serbuk koko ni antara yang paling famous orang selalu buat. Dan kalau nak tambah warna lagi ada yang letakkan pewarna merah, hijau atau kuning.

Bahan-bahan:
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 3 cawan air
  • ½ cawan gula pasir

*Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan.

Bahan kisar:
  • 4 keping roti (dicarikkan)
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar susu pekat
  • ¾ cawan susu cair
  • ½ cawan air

*Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar sebati.

Bahan lain:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dengan 2 sudu besar air panas)
Cara buat puding marble:

▶️ Lepas dah kisar bahan kisar, masukkan ke dalam air agar-agar didih tadi.

▶️ Kacau sebati dengan perlahan-lahan.

▶️ Kemudian masukkan mentega dan esen vanilla. Tutup api.

▶️ Bahagikan adunan ni kepada 2 bahagian. Satu adunan biarkan warna asal. Satu lagi masukkan bancuhan serbuk koko tadi.

▶️ Sediakan loyang acuan atau mangkuk sesuai. Basahkan sekelilingnya.

▶️ Cara nak buat corak marble, mula-mula sendukkan adunan warna asal dan tuang di tengah-tengah loyang.

▶️ Sendukkan adunan koko pula dan tuang juga di tengah-tengah.

▶️ Lakukan step yang sama secara selang seli. Buat sampai habis.

▶️ Tak perlu ratakannya sebab adunan akan merebak sendiri ke tepi.

▶️ Nanti jadi corak membulat seperti dalam gambar.

▶️ Biarkan membeku sekejap agar-agar tu.

▶️ Lepas tu masukkan dalam peti sejuk.

▶️ Dah sejuk, potong dan sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Oreo Viral, 5 Bahan Je. Makan Sejuk-Sejuk Cukup Nikmat.

 

Senang je kan? Mak-mak lepas ni tak perlu pening nak buat dessert atau pencuci mulut yang susah-susah untuk anak. Yang ni mesti mereka suka sebab sedap dan cukup lemak manisnya.

Makan sejuk-sejuk tu tak tau macam mana nak cakap nikmatnya. Nak cantik dan menarik, potong dengan pemotong plastik yang bergerigi tu.

Serius anda kena cuba puding marble sedap manis cukup rasa ni. Lepas ni kalau nak buat hidangan pemanis mulut untuk tetamu bolelah buat puding ni. Bukan je sedap, cantik juga coraknya. Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.