Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Jawa Sedap. Kuahnya Enak Padu. Sekali Makan Boleh Terkenang-Kenang.

0 7,383

Tak semua pernah rasa mee jawa ni sebenarnya. Hidangannya nampak mewah. Sekali tengok memang tergoda. Rugi kalau tak cuba. Resepi mee jawa yang sedap dan mudah ni dikongsikan oleh Hidayah Syibly. Kalau tengok resepinya lebih kurang macam mee kari atau mee rebus utara.

Tapi rasa karinya mild sikit. Lebih kurang unik sikit rasanya yang buatkan kita makan tak cepat muak dan kena dengan selera tekak. Air rebusan daging jadi ciri-ciri utama kuah mee jawa ni. Kemudian banyak bahan yang mewangikan kuah.

Serius sedap kalau makan buat sarapan pagi atau minum petang. Apa yang istimewa mee jawa ni sebab penuh dengan lauk sampingan yang ditaburkan atas mee sebelum dihidangkan. Nampak special.

Kalau anda biasa buat mee rebus, anda akan perasan resepi ni tak jauh beza. Mudah je nak buat. Asalkan bahan mencukupi untuk dapat rasa yang sempurna.

Cuma kalau nak yang mana lebih kurang, boleh ikut citarasa anda. Nak masak ni ikut kreativiti juga. Contohnya kalau anda jenis tak makan udang kering boleh skip. Suka kacang tumbuk boleh lebihkan. Dan sebagainya.

 

RESEPI MEE JAWA

Bahan sampingan yang melengkapkan lagi hidangan ni pun boleh ikut suka anda. Biasanya ada telur rebus, daging, fishcake, tauhu, sawi, taugeh dan macam-macam lagi. Kalau anda jenis tak suka banyak lauk boleh cut mana yang tak suka.

Bahan-bahan:
  • 400 gram keledek (direbus dan dikisar)
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 labu bawang besar*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 2 batang serai (yang gemuk. Kalau kecil buat 3)*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar penuh serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan tabur/hidangan sampingan atas mee:
  • 1 kilo mee kuning
  • ½ kilo daging (direbus dan dihiris)

  • Fishcake (dicelur dan dihiris nipis)
  • Tauhu (digoreng dan dihiris nipis)

  • Taugeh (tak perlu celur. Lebih sedap rangup)
  • Sawi (dicelur)
  • Cili merah/hijau (dihiris)
  • Daun bawang dan daun sup

  • Bawang goreng
  • Telur rebus
  • Limau
Cara masak kuah mee jawa:

▶️ Kisarkan kesemua bahan bertanda *.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan kisar sampai naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari daging. Kacau sebati dan tumis hingga terbit minyak.

▶️ Masukkan sikit air rebusan daging dan keledek yang dikisar.

▶️ Bahan keledek ni ikut tahap kepekatan macam mana anda nak. Sebaiknya masukkan sikit dulu dan lihat. Kalau nak cair tambah air atau stok daging. Kalau nak pekat pula tambah keledek kisar. Ikut citarasa anda.

▶️ Lepas tu renehkan kuah sebentar.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Kalau nak tambah pati ayam 1 kiub untuk tambahkan rasa pun boleh.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Bandung Sedap. Buat Pes Mee Bandung Terus. Nak Masak Terus Guna.

 

Mudah je kan nak masak mee jawa ni. Asalkan anda sediakan bahan secukupnya, menjadilah mee jawa yang sedap dan kena dengan selera tekak.

Macam dikatakan tadi, nak masak hidangan mee ni ikut kreativiti anda. Tak kisahlah masak apa pun sebenarnya. Kadang-kadang ada yang tak makan daging dan lebih suka ayam.

Masak ikut eksperiment sendiri. Asalkan dapat idea untuk bahan-bahan utama mee jawa ni. Betul tak? Nanti kalau teringin bolehlah buat resepi mee jawa yang sedap dan mudah ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.