Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Oreo Milo Viral, 5 Bahan Je. Makan Sejuk-Sejuk Cukup Nikmat.

0 5,824

Sedap betul tengok puding oreo milo ni. Dari tahun lepas kerap lalu di timeline. Masih viral sampai sekarang. Sebab ianya memang sedap kalau dapat dinikmati. Lagi-lagi masa sejuk baru lepas keluar dari peti ais. Resepi puding oreo milo ni mudah je. Hanya 5 bahan.

Kena pula dengan lapisan agar-agar susu dan juga lapisan milo, bila makan terasa lemak manisnya. Tak lupa juga biskut oreo yang dipecah-pecahkan dan ditaburkan dalam adunan agar-agar. Setiap gigitan, terasa rangup biskut oreo yang sedap tu.

Cantik mata memandang dessert ni, lagi sedap bila dinikmati. Kalau buat pasti anak-anak suka. Ibu ayah pun akan tumpang sama. Dah banyak resepi puding oreo milo ni dikongsikan. Salah satu yang anda boleh cuba ialah daripada resepi Fauziah Yahya ni.

Mudah je caranya. Pastikan anda sediakan acuan yang sesuai. Dan kalau nak lebih cantik, boleh gunakan acuan yang berbentuk dan ada coraknya. Nak potong pun mudah.

Sebelum masukkan adunan ke dalam acuan, pastikan basahkan keliling acuan dulu supaya puding nanti senang nak dikeluarkan. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI PUDING OREO MILO

Biasanya dalam puding oreo ni, krim oreo tu diasingkan dan tak dimasukkan dalam adunan. Tapi terpulanglah pada anda sama ada nak masukkan dalam bancuhan agar-agar susu atau milo kalau anda tak nak membuangnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 bungkus agar-agar 25 gram
  • 6 cawan air
  • 1 ½ cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk milo
  • 1 bungkus oreo 137 gram

Cara buat puding oreo milo:

▶️ Mula-mula masukkan air ke dalam periuk dan letakkan atas dapur.

▶️ Masukkan agar-agar dan panaskan sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

▶️ Kemudian masukkan gula dan kacau lagi sampai gula larut.

▶️ Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati dan mendidih.

▶️ Asingkan krim dari biskut oreo. Kemudian hancurkan biskutnya.

▶️ Basahkan sekeliling acuan dengan air biasa supaya nanti puding mudah untuk dikeluarkan.

▶️ Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi ke dalam acuan.

▶️ Tuangkan 3 cawan adunan susu putih tadi ke dalamnya.

▶️ Kacau adunan agar-agar ni dengan garfu supaya oreo merata dalamnya dan tak mendap ke dasar acuan.

▶️ Ketepikan sekejap. Tak perlu masukkan dalam peti ais sebab kalau keras sangat, adunan kedua nanti tak melekat dengan aduanan pertama. Biarkan je di suhu bilik.

▶️ Baki agar-agar dalam periuk tadi dipanaskan lagi.

▶️ Kemudian masukkan milo.

▶️ Kacau sehingga milo hancur dan sebati.

▶️ Akhir sekali tapis sambil tuangkan perlahan-lahan di atas agar-agar oreo tadi.

▶️ Biarkan sekejap, kemudian sejukkan dalam peti ais.

▶️ Dah sejuk, boleh keluarkan dan sedia untuk dipotong.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Kastard Jagung Paling Simple Sekali. Hanya Gunakan 5 Bahan Mudah Je!

 

Mudah je kan nak buat puding oreo milo yang super marvelous ni. Kalau tengok je buatkan telan air liur. Buat 1 acuan je belum tentu cukup. Mau berebut.

Dia punya nikmat makan sejuk-sejuk tu tak boleh lupa. Sedap sangat dengan rasa lemak-lemak manis. Kalau anda kreatif nak ubah-ubah perisa pun boleh juga. Contohnya nak pakai susu strawberi ke. Ikutlah mana yang sedap di tekak.

Lepas ni kalau teragak dessert yang simple tapi sedap rasanya, bolehlah cuba resepi puding oreo milo ni. Pasti lepas tu anda repeat membuatnya lagi. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.