Dah lama tak makan puding roti kuah kastard ni kan. Dulu rajin makan bila keluarga buat puding roti ni. Sedap makan segar-segar jadi pemanis mulut atau makan santai-santai waktu petang. Sekarang musim PKP, bolehlah buat lagi sekali puding roti kuah kastard yang sedap dan berkrim ni.
Puding roti ni sejenis dessert yang sekali makan mesti lepas tu kita kerap craving. Termimpi-mimpi nak buatnya lagi. Nikmatnya terasa masa dalam proses membakar lagi. Bila membakar tu boleh bau vanilla semerbak di dapur.
Apatah lagi bila dah suap masuk ke mulut. Bukan main nikmat rasanya. Puding roti kuah kastard ni sedap dengan rasa lemak manisnya, lagi-lagi dijamah waktu lepas dikeluarkan dari oven. Malah sedap juga kalau dimakan sejuk-sejuk.
Nak buat puding roti ni biasanya gunakan roti gardenia putih. Kalau lihat resepi-resepi sebelum ni, kebanyakannya orang carikkan roti yang dah siap disapu dengan marjerin dan susunkan dalam loyang.
Bagi resepi puding roti dari Adlina Mansor ni pula, ada kelainan sikit sebab rotinya dilipat tebal selepas disapu marjerin dan gula. Kemudian baru disusunkan dalam loyang.
RESEPI PUDING ROTI KUAH KASTARD
Lepas je bakar, boleh bau wangi marjerin dan vanilla. Bahagian luar akan kelihatan garing yang buatkan bertambah sedap bila dimakan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Roti (8-10 keping)
- Marjerin
- Gula
- Garam
- Susu cair 1 tin (kalau pakai fresh milk lagi sedap)
- Telur 5 biji (boleh kurangkan kalau tak berapa suka)
- Esen vanilla
- Kismis
Cara buat puding roti:
▶️ Sapukan marjerin dan gula pada roti.
▶️ Kemudian lapikkan 2 keping menjadi tebal dan potong kecil.
▶️ Susunkan dalam loyang.
▶️ Masukkan susu cair atau pun fresh milk, 2 sudu gula paras-paras sudu je, garam sedikit, telur dan juga esen vanilla ke dalam blender.
▶️ Kisarkan sehingga hancur sebati.
▶️ Kemudian tuang dalam loyang berisi roti tadi.
▶️ Taburkan kismis.
▶️ Panaskan oven siap-siap.
▶️ Dan bakar pada suhu 180’c selama 35 minit atau ikut oven masing-masing. Gunakan api atas bawah.
▶️ Sambil membakar, boleh buat kuah kastard.
Bahan-bahan kuah kastard:
- 3 sudu tepung kastard
- ½ tin susu cair
- 5 cawan air
- Esen vanilla
- 3 sudu gula
- Garam
Cara buat kuah kastard:
▶️ Masukkan kesemua bahan dalam kuali.
▶️ Kemudian masakkan sehingga kuah pekat ikut tahap kepekatan yang anda suka.
BACA JUGA: Resepi Puding Airkrim Sedap Berlemak. Hanya 6 Bahan Je. Tak Sangka Hasil Cantik Dan Menarik!
▶️ Perlu sentiasa kacau supaya sebati dan nak elakkan hangit.
▶️ Dah siap, boleh padamkan api.
Lepas je puding roti dibakar, boleh potong dan hidangkan dalam piring. Tuangkan kuah kastard dan sedia untuk menikmatinya.
Kalau kuahnya pekat sebenarnya lagi sedap. Aroma kastard tu sendiri wangi dan sedap. Tambah lagi ada rasa lemak manis.
Lepas ni kalau craving pemanis mulut sedap dan lemak berkrim, bolehlah buat puding roti kuah kastard ni. Pasti makan sampai licin. Jangan lupa mencubanya!