https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Aiskrim Sedap Berlemak. Hanya 6 Bahan Je. Tak Sangka Hasil Cantik Dan Menarik!

0 6,478

Masih tak puas lagi nak buat hidangan puding. Mana taknya, puding inilah dessert yang paling digemari, sedap dan melegakan tekak kalau makan musim panas-panas. Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi puding yang jarang kita makan iaitu puding aiskrim yang sedap dan cair di mulut.

Selalu buat puding lapislah, puding oreolah. Tak sedar ada lagi jenis puding yang sedap dan menarik kita boleh cuba. Cara buat puding aiskrim ni ada dikongsikan oleh Ikaa Rejab. Unik sikit cara pembuatannya, sebab nak dapatkan tekstur cantik seakan aiskrim.

Tapi tak perlu risau, ada ditunjukkan satu per satu step untuk buat puding aiskrim ni. Cuma perlu tahu, kalau buat puding ni sukatan cecair kena betul supaya puding cantik membeku.

Tak perlu pening-pening nak buat perisa apa. Puding ni rasa asli dan sedap berlemak sebab ada dimasukkan santan.

Lepas tu titikkan apa saja pewarna untuk kelihatan menarik. Memang sedap bila dimakan sejuk-sejuk. Mudah je nak buatnya. Hanya perlukan 6 bahan je.

 

RESEPI PUDING AISKRIM

Bila buat puding ni kena pandai bahagikan timing untuk lengkapkan adunan. Sebab kalau tinggalkan adunan agar-agar lama-lama, ianya akan cepat membeku. Nanti susah nak lengkapkan hidangan puding yang dah membeku tu. Nak lebih jelas, jom lihat perkongsian ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Agar-agar 1 bungkus besar (<40g)
  • Air 6 gelas
  • Gula 1 gelas
  • Santan pekat 1 gelas
  • Susu pekat 1 tin
  • Telur 4 biji
  • Sedikit esen vanilla dan pewarna merah

Cara buat puding aiskrim:

▶️ Mula-mula sediakan periuk dan masukkan air ke dalamnya.

▶️ Kemudian masukkan agar-agar dan nyalakan api. Biarkan mendidih sehingga agar-agar larut.

▶️ Selepas agar-agar dah betul-betul larut, masukkan gula. Pastikan agar-agar dah larut keseluruhannya sebelum masukkan gula.

▶️ Sambil tu, dalam 2 bekas lain asingkan telur kuning dan telur putih.

▶️ Kuning telur tu campurkan dengan susu pekat dan juga santan. Dan kacaukannya sebati. Kalau tak nak kacau, boleh guna mixer atau blender.

▶️ Untuk putih telur pula, pukulnya hingga kembang.

▶️ Pastikan betul-betul kembang. Nak tau kembang atau tak, terbalikkan bekas dan lihat sama ada putih telur tu jatuh atau tak. Kalau tak jatuh, maksudnya menjadi.

▶️ Sebenarnya waktu inilah kita perlu pandai bahagikan masa. Sementara tengah ketuk-ketukkan telur, kita perlu pastikan agar-agar dalam periuk tu tak membeku.

▶️ Jadi perlu sentiasa pantau agar-agar. Boleh nyalakan api dapur dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya agar-agar tak sempat mengeras.

▶️ Lepas dah kembang putih telur tadi, masukkan sikit-sikit ke dalam periuk agar-agar.

▶️ Lepas tu masukkan kesemuanya dan mula kacau atas api yang perlahan.

▶️ Perlu hati-hati waktu ni sebab adunan sangat mudah meruap.

▶️ Selepas dah mendidih adunan, asingkan separuh darinya ke dalam bekas lain.

▶️ Baki adunan tu letakkan semula atas api yang perlahan.

▶️ Kemudian masukkan bahan adunan telur, susu dan santan yang digaulkan mula-mula tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.

▶️ Sementara tunggu adunan ni mendidih, adunan yang di luar tadi campurkan dengan esen vanilla dan pewarna merah. Dan kacau sehingga sebati.

▶️ Dan akhir sekali, sendukkan adunan dalam periuk tu ke dalam adunan di dalam bekas.

▶️ Caranya ialah tampukkan adunan di setiap penjuru bekas untuk dapatkan hasil yang cantik dan menarik.

▶️ Ini gambar yang dah siap dimasukkan semua.

▶️ Biarkan sekejap adunan ni selama 2-3 jam di luar, baru kemudian dimasukkan ke dalam peti ais.

▶️ Sedia dipotong dan dijamah lepas betul-betul sejuk.

▶️ Ini pandangan tepi puding ni yang tebal.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Caramel Dengan Hiasan Buah Yang Manis, Sedap Dan Menggoda. Rugi Tak Cuba!

 

Makan sejuk-sejuk memang puas. Kalau nak buat puding ni sebenarnya kena betul-betul sejuk baru sedap dimakan. Satu lagi teksturnya perlu agak kenyal-kenyal dan tak berair.

Makan perisa apa pun akan menjadi sedap. Sebenarnya terpulang juga kalau anda nak masukkan perasa lain kalau suka. Tapi bagi adunan agar-agar tadi, ianya dah cukup sedap berlemak disebabkan santan.

Nak tau macam mana rasanya, cubalah buat resepi puding aiskrim sedap, lembut dan berlemak ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.