Segalanya Tentang Makan..

Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin. Simple Dan Sedap Sangat Sampai Suami Puji!

0 7,051

Perasan tak, kalau makan ayam masak merah kat kenduri kahwin ni rasa dia sedap sangat dan mempunyai aromanya yang tersendiri. Jarang dapat rasa masakan ayam masak merah macam tu di tempat lain.

Bayangkanlah kalau makan kat kenduri pun rasa macam nak bertambah, lebih baik buat sendiri ayam masak merah kenduri ni untuk dihidangkan pada keluarga. Lagi enak kalau dapat buat ikut citarasa sendiri. Sama ada nak kuah lebih atau kurang, atau nak buat pedas atau tak.

Resepi yang dikongsikan oleh Solehah Johari ni sangat simple dan mudah untuk disediakan. Kuahnya dimasak kering dan pekat yang menambahkan lagi kesedapannya bila digaulkan dengan nasi. Kadang-kadang masak lauk sambal biasa pun bosan juga kan.

Yang menaikkan lagi rasa ayam masak merah kenduri ni ialah tumisan bahan rempah dan serai, lepas tu diperasakan pula dengan santan dan kerisik. Campuran bahan ni kemudian dimasak kering. Itu yang rasanya bertambah naik dan sedap!

Lauk ni memang akan membangkitkan selera. Tak perlu lauk lain lagi dah memadai. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Ayam masak merah ni sesuai kalau makan dengan nasi putih atau nasi berperisa seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan panas dan sebagainya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam sebelah
  • 1 genggam atau 20 tangkai cili kering (rebus dulu sebelum dikisar)
  • 4 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sudu kerisik

  • 100 gram santan
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula dalam 3-4 sudu
  • Penambah rasa (ajinomoto)

Cara buat ayam masak merah kenduri:

▶️ Mula-mula kisar cili kering, bawang besar, halia dan lengkuas. Ketepikan.

▶️ Bersihkan ayam, dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

▶️ Kemudian goreng ayam separuh masak supaya rasa juicy.

▶️ Gunakan minyak goreng ayam tadi, dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan 3 sekawan, serai, kerisik dan santan. Gaul sebati.

▶️ Teruskan masak sehingga sambal kering.

▶️ Bila dah nampak kering dan terbit minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau sehingga sekata.

▶️ Dan akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati sehingga cukup berasa.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Simple Masak Nasi Minyak Sedap Dan Wangi. Resepi Senang Dan Cepat!

 

Bila masukkan santan dan kerisik tu, kuahnya lagi bertambah pekat dan sedap. Sebenarnya kalau buat versi berkuah atau kering sekali pun, kedua-duanya sedap untuk dinikmati.

Bahan-bahan dan cara membuatnya pun mudah untuk disediakan. Senang nak diagak-agak. Masak pun sekejap je dah siap.

Bolehlah nanti buat ayam masak merah ni bersama dengan nasi minyak untuk hidangan istimewa seperti kenduri kahwin di rumah nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.