Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-nsWjjl.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-nsWjjl.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Puding Roti Pisang Simple Dan Terlajak Sedap. Garing Di Luar Dan Lembut Juicy Di Dalam!

0 597

Pernah tak anda makan puding roti? Rasanya sedap, lembut dan berlemak kan. Kali ni jom cuba buat puding roti pisang simple pula yang lebih juicy dan ada rasa manis-manis pisang. Kalau masaknya garing di luar dan lembut creamy di dalam, memang betul-betul nikmat.

Ramai suka makan puding sebab teksturnya yang lembut dan lemak manis. Bila mula adanya resepi puding roti, ramai juga yang mula jatuh hati dengan puding roti pula sebab bahagian luarnya lebih garing dan crunchy.

Puding roti pisang ni antara salah satu resepi puding roti yang ‘dinaik taraf’ dengan adanya bahan tambahan buah-buahan. Selain pisang, ada juga yang letakkan epal, strawberi dan macam-macam lagi.

Perkongsian puding roti pisang dari Ana Wahid kali ni merupakan resepi yang simple dan mudah je. Namun kalau nak lebih sedap, anda boleh juga buat sos kuah kastard untuk menaikkan lagi selera.

Untuk resepi puding roti pisang simple ni, gunakan bahan biasa buat puding roti je, iaitu susu cair, telur, butter dan macam-macam lagi yang beri rasa lemak manis. Cuma tambahkan je buah pisang.

 

RESEPI PUDING ROTI PISANG SIMPLE

Untuk buah pisang ni, boleh gunakan apa sahaja jenis pisang yang anda suka. Sebaiknya letakkanlah pisang yang manis, lembut dan besar supaya dapat makan dengan puas. Contohnya pisang raja, pisang abu dan pisang berangan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti sandwich beberapa keping
  • Pisang montel 6 biji (potong secara serong)
  • Telur 8 biji
  • Gula 10 sudu besar
  • Susu cair 1 tin
  • Air 1 tin
  • Butter
  • 1 ½ sudu the vanilla
  • Secubit garam

Cara buat puding roti pisang:

▶️ Mula-mula sapukan butter pada roti dulu (depan dan belakang).

▶️ Kemudian susunkan atas bekas pembakar.

▶️ Aturkan pisang yang dah dipotong di atas roti ni sampai penuh. Buat 1 layer.

▶️ Kemudian letak lagi beberapa keping roti yang dah disapu butter di atas pisang ni pula. Biarkan sekejap.

▶️ Dalam mangkuk lain, pecahkan telur. Dan masukkan susu cair, vanilla, gula dan garam. Pukul sehingga sebati.

▶️ Kemudian, curahkan kuah ni ke dalam roti dan pisang yang disusun tadi. Biarkan roti dan pisang tenggelam dalam 10 minit.

▶️ Sambil tu panaskan oven.

▶️ Kemudian bakar pada suhu 180’c selama 40 minit.

▶️ Dah siap!

▶️ Kalau anda suka puding ni berlapis-lapis, boleh gunakan bekas yang lebih tinggi. Lepas tu buat layer roti dan pisang tu lebih lagi.

▶️ Nak lagi nikmat, letakkan aiskrim vanilla sebagai topping semasa dihidangkan. Memang kecur air liur dibuatnya. Pasti anak-anak suka.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Sardin Sedap Dengan Bahan Sardin Meresap Ke Dalam Roti. Tak Cukup Satu!

 

Selain puding roti buah-buahan, ada juga resepi puding roti daging yang anda boleh buat. Gantikan je buah-buahan dengan daging yang dah dimasak seperti inti karipap atau murtabak.

Rasa puding roti daging berlainan sikit dengan puding roti buah-buahan. Sebab bahan daging ni lebih pedas dan ada rasa aroma kari atau bahan masakan.

Untuk puding roti buah pula, rasanya lebih kepada manis-manis buah. Kedua-duanya mempunyai rasa yang berbeza, tapi amat sedap untuk dinikmati.

Nanti bolehlah cuba resepi yang berbeza-beza ni untuk mempelbagaikan lagi masakan anda di rumah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.