Segalanya Tentang Makan..

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Dan Sedap. Hanya Gaul-gaul Dan Terus Bakar. Sekejap Siap!

0 1,711

Waktu musim raya, kalau bukan biskut coklat atau almond London, mesti biskut cornflakes ni yang jadi pilihan semua. Antara biskut yang sedap dan rangup! Nak-nak pula biskut ni antara kuih raya yang senang nak buat. Sebab tu resepi biskut cornflakes ni selalu viral tiap tahun.

Sekarang ni kalau bukan musim raya pun orang saja-saja je buat biskut cornflakes ni sebagai kudapan santai di rumah. Sebab bahannya senang je nak disediakan. Kalau nak dibandingkan dengan biskut lain lagi-lagi biskut coklat, biskut cornflakes ini belanjanya lebih murah.

Walaupun bahan simple, tapi rasa dia sedap dan rangup. Kalau buat untuk anak-anak confirm hari itu juga habis sebekas.

Kalau anda nak cuba buat, boleh ikut resepi dari Zaky Mat Ali ni yang sudi kongsikan step membuat biskut cornflakes satu persatu. Cantik hasil biskutnya!

Tambah menarik bila ada hiasan buah ceri yang dipotong kecil-kecil sebagai hiasan biskut. Kalau dapat buat menjadi macam ni, silap-silap orang ingat itu ialah biskut beli. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP DAN SEDAP

Kalau buat biskut macam ni, walaupun bahan yang digunakan sikit, tapi dapat hasilkan biskut yang banyak. Memang beruntung buat sendiri ni. Jauh lebih jimat dari beli biskut di luar.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 215 gram atau 1 dan ¾ cawan
  • Tepung jagung 60 gram atau ¼ cawan
  • Gula halus 190 gram atau ¾ cawan
  • Cornflakes 70 gram atau 2 cawan
  • Mentega 200 gram
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Telur kuning 1 biji
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara buat biskut cornflakes rangup:

▶️ Mula-mula sediakan bekas yang sesuai.

▶️ Kemudian masukkan mentega dan gula halus dan kacaukannya sehingga gula hancur dan kembang.

▶️ Lepas tu masukkan telur kuning dan esen vanilla. Kacaunya lagi.

▶️ Satukan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder dalam mangkuk lain, kemudian ayak.

▶️ Kemudian masukkan campuran tepung ni dan kacau sekata.

▶️ Masukkan pula cornflakes yang dah siap diramas kasar. Kemudian kacau sebati.

▶️ Sediakan loyang yang dah siap beralas baking paper. Dan panaskan oven.

▶️ Kemudian bentukkan adunan tadi kepada bulat-bulat kecil, dan letakkan hiasan ceri atas adunan biskut tersebut.

▶️ Lepas tu boleh bakar pada suhu 170’c selama 20- ke 25 minit, atau bergantung juga pada size dan bentuk biskut.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Kek Red Velvet Cheese Leleh. Beli Tepung Red Velvet Kat Kedai Eco je. 

 

▶️ Boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Sekali gigit terasa sedapnya dengan rasa manis-manis biskut dan kerangupannya tu. Paling nikmat sekali bila waktu kuih sedang dibakar. Waktu itulah boleh bau haruman wangi biskut cornflakes ni.

Lepas ni kalau teragak nak makan biskut cornflakes, buat sendiri je dari membazir beli di luar. Sebab cara buatnya sangat mudah dan ringkas. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.