Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tXc8zE.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tXc8zE.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Corn Flakes Coklat Rangup Dan Sedap Tak Terkata. Sehari Je Habis Licin!

0 9,257

Siapa je yang tak suka kuih atau biskut corn flakes coklat ni. Tak kira kanak-kanak atau dewasa. Kalau beli, sehari je boleh habis sebalang. Lebih baik buat sendiri sampai 2, 3 balang. Boleh makan berulang-ulang kali kan. Resepi corn flakes coklat rangup ni senang je nak buat.

Hanya gunakan 3 bahan je! Iaitu corn flakes, butter dan coklat compound. Memang simple. Tapi yang pentingnya kena pandai pilih coklat yang sedap. Dan cairkannya pun dengan cara yang betul. Kalau salah pilih coklat, takut nanti pahit atau kurang enak rasa coklatnya.

Resepi corn flakes coklat rangup ni ada dikongsikan oleh Azliyana Mohd Arif. Memang dulu laku keras corn flakes coklat beliau yang dibuat berniaga.

Nanti menjelang hari raya boleh anda buat biskut corn flakes ni sebagai salah satu kuih raya. Nak buatnya mudah dan modalnya pun tak begitu mahal.

Nak jadikan manisan atau kudapan waktu santai anak-anak pun boleh juga. Dengan biskutnya yang rangup dan rasa coklat yang sedap, pasti anak-anak suka!

 

RESEPI CORN FLAKES COKLAT

Nak buat biskut ni, anda kena sediakan juga papercup untuk dimasukkan adunan biskut nanti. Sediakan papercup yang saiznya kecil standard sahaja.

Untuk resepi ni, anda boleh dapat lebih 50 biji biskut dalam papercup tu. Memang berbaloi-baloi!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Milk compound chocolate (Beryl’s) dalam 250 gram (atau boleh pakai brand lain yang anda suka)
  • Corn flakes 5 cawan (sukatannya yang belum diramas)
  • Buttercup 1 sudu besar
  • Papercup (adunan ni boleh dapat dalam 50+ pcs)

Cara buat corn flakes coklat rangup:

▶️ Mula-mula masukkan coklat dan butter dalam periuk double boil (atau periuk apa sahaja sesuai untuk buat double boil nanti).

▶️ Kemudian masak atas dapur guna teknik double boil ni sehingga coklat dan butter mencair. Kacaunya sehingga cair dan sebati.

▶️ Kemudian masukkan corn flakes yang belum diramas ke dalam mangkuk.

▶️ Kemudian ramas supaya pecah sikit tapi jangan terlalu hancur.

▶️ Selepas coklat dan butter cair, biarkan sejuk dulu.

▶️ Kemudian tuangkan ke dalam corn flakes tadi.

▶️ Dan gaulkan sehingga sekata. Pastikan semua coklat menyaluti kesemua corn flakes.

▶️ Masukkan ke dalam papercup. Isi penuh-penuh baru cantik. Dan susun papercup dalam loyang yang sesuai.

▶️ Kemudian masukkan dalam peti ais dalam 5 minit untuk keraskan coklat tu. Jangan terlalu lama pula sebab nanti lemau.

▶️ Dah siap, boleh masukkan dalam balang dan tutup supaya tak masuk angin.

 

BACA JUGA: Murtabak Roti Daging Crunchy. Tak Sangka Sedap Setanding Murtabak Bazaar!

 

Mudah je kan cara buat biskut corn flakes coklat ni. Sekejap je dah siap. Tak perlu masak lebih-lebih atau bakar.

Yang ada anak-anak kecil tu, kalau dapat 50 biji ni, confirm sehari je habis. Dah la rangup, manis dan penuh rasa coklat. Memang makan tanpa henti.

Kalau dah habis tu, boleh repeat buat corn flakes coklat rangup ni lagi anytime je. Sebab senang dan jimat lagi dari beli. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.