Dalam banyak-banyak lauk berkuah, masakan paprik ni jadi salah satu favorite sebab kuahnya yang pekat dan lazat. Kalau makan kat restoran tu, masakan paprik mesti masuk dalam list makanan yang kita order. Tak kisah lah nasi goreng paprik ke, paprik daging ke dan macam-macam lagi.
Kali ni saya nak kongsikan resepi ayam paprik sedap dan mewah dengan bahan yang confirm buat anda terliur. Kalau dapat makan lauk ni dengan nasi putih tanpa lauk lain pun dah cukup. Sebab lengkap dah dengan ayam dan sayuran.
Tambahan lagi kuah dia memang menangkap selera. Orang kata kalau nak masak paprik ni jangan kedekut bahan. Sebab bahan asas untuk menumis dan segala sos-sosnya tu kena cukup, baru naik rasa dia.
Masakan paprik ni kita tahu memang sinonim dengan masakan Thai. Jagi, aroma serai dan daun limau purut perlu berasa, barulah A+ rasa lauk paprik tu. Perkongsian resepi ni daripada Nina Natasha Azizan.
Menariknya resepi ni sebab bukan je ayam jadi bahan utama, malah banyak juga sayuran menarik yang menjadi bahan sampingan yang menambatkan lagi selera. Jom kita lihat resepinya.
RESEPI AYAM PAPRIK SEDAP
Masakan paprik ni ada macam-macam style orang buat. Ada yang suka kuah banyak, dan ada juga sekadar ecak-ecak. Bergantung pada selera masing-masing. Kalau suka kuah lebih, boleh adjust bahan-bahannya terutama sos dan air yang akan dimasukkan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Dada ayam 2-3 ketul yang dihiris nipis
- Bawang merah 1 ulas yang dihiris
- Bawang putih 5 ulas juga dihiris
- Halia 1 inci
- Daun limau purut 4 keping
- Serai 1-2 batang
- Serbuk kunyit dan garam sedikit
- Minyak untuk goreng ayam
Bahan untuk kuah:
- Sos cili Thai 5 sudu besar
- Sos cili 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Sos ikan 1 sudu besar
- Sos tiram ½ sudu besar
Bahan sayurannya pula:
- Celery 1 batang yang dipotong serong
- Lobak merah 1 batang yang dipotong bentuk mancis
- Daun kubis cina 3 helai yang dipotong memendek
- Cili merah 1 batang (atau nak guna cili padi pun boleh)
- Bunga kubis 3 ketul yang dipotong kecil-kecil
- Daun kubis ungu 1 helai
- Bawang holland 1 labu yang dipotong memanjang
Cara masak ayam paprik:
▶️ Mula-mula potong ayam secara nipis-nipis dan basuh. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam tadi sekejap dalam separuh masak. Selepas tu angkat dan toskan.
▶️ Gunakan minyak yang sama, cuma keluarkan minyak tu dan tinggalkan dalam 2-3 sudu besar sahaja di dalamnya.
▶️ Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dihiris tadi. Tumis sehingga naik bau.
▶️ Seterusnya masukkan semua bahan kuah dan gaulkan sehingga sebati. Terus masak sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan serai yang dah dipotong serong dan juga daun limau purut.
▶️ Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan kacau sebati.
▶️ Masukkan pula kesemua sayuran dan kacau sekata. Masukkan juga air sikit demi sikit dan masaknya sehingga sayur layu dan lembut.
▶️ Akhir sekali boleh rasa kuahnya cukup tak rasa masin, manis dan masak. Semua rasa ni datangnya dari segala sos yang kita guna. Kalau tak cukup boleh adjust.
▶️ Dah siap, boleh padamkan api.
Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Tomyam Goong Ori Ala Thai. Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas Dan Lemak Berkrim. Wajib Cuba!
Tengok je pun dah nampak menyelerakan. Penuh dengan bahan! Style masakan paprik ni ialah sekadar ecak-ecak je. Kalau anda suka yang berkuah lebih, boleh lebihkan bahan sos dan air. Ikut citarasa sendiri.
Untung kalau masak lauk paprik ayam yang ada pelbagai sayuran tambahan ni. Kalau dihidangkan, tak perlu lagi dah lauk lain. Cukup sekadar dia je, dah rasa lengkap. Boleh dihidangkan untuk keluarga.
Jangan lupa cuba resepi ni! Share kan sekali kat wall facebook supaya dapat kongsikan bersama dengan orang lain. Selamat mencuba!