Segalanya Tentang Makan..

Resepi Dimsum Homemade Mudah Dan Jimat. Sedap Dan Murah Je, Boleh Makan Berulang-Ulang!

0 1,401

Dulu orang kita tak berapa terbuka nak makan dimsum ni. Sebab fikirkan makanan cina ni tak kena dengan tekak Melayu. Tapi bila sekali makan, sedap pula rasanya. Biasanya kalau beli di kedai, bermodal juga sebab harganya boleh tahan mahal. Sedangkan, ada resepi dimsum homemade mudah dan jimat boleh kita buat sendiri.

Bagi yang tak biasa makan, dimsum ni sejenis makanan tradisi cina yang mempunyai pelbagai inti termasuk ayam, daging, ketam dan sayuran. Kemudian, intinya ni dibalut dengan dumpling pastry. Bila dikukus, kulitnya jadi lembut. Itu yang buatkan sedap bila dicicah dengan sos.

Sekarang ni kalau beli di luar yang frozen pun boleh mencicah lebih RM20 untuk 1 paket 30 pcs. Kalau buat sendiri ikut perkongsian resepi dimsum dari Nadhirah Ismail ni, bermodal RM15 sahaja pun dah boleh buat sekali banyak siap boleh makan berulang-ulang.

Resepi ni mudah je. Tak perlu banyak tenaga dan masa. Kulit dimsum boleh dibuat dengan kulit dumpling segera, dan sos pun boleh beli yang terus siap. Cuma buatkan intinya sahaja.

Yang untungnya bila buat sendiri ni, boleh pelbagaikan bahan inti ikut citarasa masing-masing. Nak ayam lebih atau sayur lebih, boleh adjust kuantiti ikut yang anda suka.

 

RESEPI DIMSUM HOMEMADE

Nak buat inti dimsum ni mudah je. Tak perlu dimasak, tumis atau rebus. Hanya gaulkan kesemua bahan inti yang anda suka dan balutkan dengan dumpling pastry. Bahan-bahan inti akan masak sekali sewaktu proses mengukus.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan inti:

  • Isi ayam atau bahagian dada yang dikisar halus
  • Lobak merah yang dipotong dadu
  • Bawang besar yang dipotong dadu
  • Isi ketam
  • Daun bawang dan daun sup
  • Kiub pati ayam dan garam

Bahan-bahan lain:
  • Dumpling pastry
  • Sos Thai sebagai pencicah

Cara penyediaan dimsum homemade:

▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan inti dalam mangkuk.

▶️ Kemudian gaul sehingga sebati.

▶️ Selepas tu, masukkan inti ke dalam dumpling pastry dan tutup pastry secara membuncut. Tak perlu apa-apa bahan pelekat sebab nanti ia akan melekat sendiri.

▶️ Panaskan pengukus, dan kukus dimsum sehingga masak dan warna keperangan.

▶️ Dah siap, boleh dihidangkan.

▶️ Taburkan sikit daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Dorayaki Comel, Gebu Dan Sedap. Simple Je Cara Buatnya. Anak-Anak Mesti Suka!

 

Hidangkanlah dengan sos Thai yang rasanya manis-manis pedas. Memang sedap cicah dengan dumpling yang super lembut dengan pelbagai bahan inti.

Kalau nak ikutkan ada pelbagai cara buat dimsum ni. Ada yang tak gunakan dumpling pastry segera, tapi buat kulit sendiri dengan resepi bancuhan tepungnya. Untuk inti pula, ada yang buat cara kisar bahan sehingga hancur. Lain orang lain air tangannya.

Kalau anda nak cara mudah, boleh ikut resepi dimsum homemade mudah dan jimat ni. Nak buatnya sekejap je dah siap. Rasa pun sedap. Lepas ni bolehlah buat selalu. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.