https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kanafeh Atau Kunafa Yang Penuh Dengan Limpahan Cheese. Pencuci Mulut Arab Yang Wajib Anda Cuba.

0 30,938

Kalau di Malaysia ada pencuci mulut yang manis-manis berlemak sepeti kuih-muih, kek, puding dan sebagainya. Di negara Arab terkenal dengan resepi pencuci mulut mereka yang popular lebih dikenali sebagai kanafeh atau kunafa yang penuh dengan limpahan cheese.

Unik hidangan ni. Mungkin ada yang tak pernah dengar. Tapi kat Malaysia dah mula dikenali sebab sedap dan kena pada selera kita. Sebab apa? Sebab pencuci mulut ni mempunyai tekstur lembut, manis dan berlemak krim untuk bahagian cheese di dalamnya, dan di bahagian luar pula garing dan rangup.

Asas bahannya ialah pastri kunafa tu sendiri. Pastri inilah yang berikan rasa rangup selepas dibakar. Itu yang buatkan sedap bila dimakan dengan isian cheese yang padat dan penuh rasa.

Mungkin ada lagi yang tak dapat gambarkan macam mana hidangan kunafa ni. Mujur ada perkongsian resepi dari Wan Luqman ni. Dapat kita pelajari cara membuatnya dari mula sampai habis.

Kalau sesekali nak tukar selera dessert menarik untuk dijamukan pada keluarga, bolehlah buat kanafeh atau kunafa ni.

 

RESEPI KANAFEH/KUNAFA

Disebabkan keunikkan pencuci mulut ni, bahan-bahannya mungkin ada yang jarang jumpa atau tak biasa anda beli. Tapi ada je sebenarnya dijual di pasaraya dan shopee. Perlu rajin sikitlah mencari.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kunafa pastri/kataifeh (boleh didapati di shopee)
  • Cream cheese/akkawi cheese (nanti tambahkan lagi cheese arab teama untuk lagi sedap)
  • 250 ml susu
  • Mozzarella cheese blok 250 gram (nak lebihkan pun tak apa)
  • Air mawar/ lemon/ gula (air mawar ada dijual di kedai runcit India)
  • Air 250 ml
  • Pistachio
  • Butter yang telah dicairkan

Cara buat kanafeh/kunafah:

▶️ Keluarkan kunafa pastri dan gembur-gemburkan sikit atas dulang.

▶️ Rupa pastri ni macam bihun sikit tapi tekstur lebih halus dan lembut.

▶️ Lepas dah letak atas dulang, curahkan butter yang dah dicairkan.

▶️ Gaulkan sekata.

▶️ Cuba masukkan kunafa pastri ni dalam bekas dulu untuk test kepadatan. Pastikan jangan tebal sangat.

▶️ Dalam periuk, panaskan sekotak susu 250 ml.

▶️ Kemudian masukkan cream cheese separuh dari 250 gram tu.

▶️ Untuk lagi sedap, tambahkan cheese teama dalam 4 butir untuk rasa lebih umpph. Kalau nak guna keseluruhan cheese teama ni pun boleh jika anda suka.

▶️ Sebenarnya resepi original menggunakan akkawi cheese. Tapi nak mudah gunakan cream cheese je.

▶️ Kacau sampai cheese cair.

▶️ Masukkan mozzarella cheese.

▶️ Biarkan mencair, dan kacau sampailah jadi pekat macam ni.

▶️ Hasil cheese ni bukan je boleh buat kunafah. Kalau nak salut dengan makanan lain seperti hidangan ayam korea pun boleh. Rasa enaknya sama!

▶️ Curahkan atas kunafa pastri yang dah dimasukkan dalam bekas tadi.

▶️ Lepas tu letakkan lagi pastri di atas cheese tadi dan padatkannya.

▶️ Panaskan oven dulu.

▶️ Sambil tu buat air gula dulu. Caranya, panaskan air atas api, dan masukkan gula perang atau gula putih.

▶️ Perahkan jus lemon dalam ½ biji.

▶️ Dan masukkan air mawar untuk wangi.

▶️ Kacau sebati. Dah siap. Boleh agak-agak manis mana anda suka.

▶️ Bila oven dah panas, masukkan kunafa tadi dan bakar pada suhu 180’c selama 10-15 minit.

▶️ Dah siap bakar, curahkan air gula tadi.

▶️ Dah boleh dijamah! Memang sedap bila cheese boleh ditarik-tarik.

▶️ Tapi kalau kunafa pastri bahagian dalam tak berapa garing, boleh buat cara lain seperti di bawah ni.

▶️ Caranya, ambil lebihan pastri dan letakkan atas dulang.

▶️ Bakarnya sekejap untuk garingkannya.

▶️ Ini rupa kunafa pastri selepas dibakar. Ramas-ramas sikit untuk hancurkannya.

▶️ Kemudian buat style mula-mula tadi semula. Masukkan dalam bekas, dan curahkan cheese atasnya.

▶️ Atas cheese ni letakkan lagi pastri. Dah siap!

▶️ Boleh tutup dan makan berulang kali.

 

BACA JUGA: Cara Buat Filipino Fruit Cocktail Paling Simple, Rasa Lemak Creamy. Hanya 3 Bahan Je!

 

Bila bakar garing-garing kunafa pastri ni rasanya lebih enak dan mengujakan! Bayangkan makan cheese leleh yang berlemak dengan pastri yang rangup di luar. Kombinasi rasanya memang terbaik.

Nak lagi sedap, lebihkan mozzarella cheese atau letakkan ia 100%. Dapat hasil cheese tarik yang lagi menyelerakan. Kalau buat untuk anak-anak, mau mereka makan tanpa henti.

Memang unik pencuci mulut bernama kanafeh atau kunafa bagi orang arab ni. Rasanya yang berlemak, manis dan garing pasti akan kena dengan selera anda. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.