pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kek Batik Biskut Marie Sedap, Tambah Topping Coklat Leleh. Rasa Heaven Gila!

0 1,443

Kek batik ni sebenarnya dessert yang paling senang nak buat. Rasanya pun sedap dengan lapisan biksut dan coklat yang wajib disejukkan. Memang nikmat sangat rasanya. Dalam banyak-banyak, resepi kek batik biskut marie yang paling sedap dan orang suka berbanding biskut lain.

Sebab biskut marie ni rasa lemak dia lebih sedap. Kali ni terjumpa pula perkongsian resepi kek batik biskut marie yang ada topping coklat leleh oleh Mohamad Arymin ni. Jarang tak padu kalau apa-apa masakan dari beliau.

Selalunya kek batik ni makan macam tu je dah cukup sedap. Tapi sekali sekala nak lebih heaven rasanya dengan topping coklat leleh Cadbury, bolehlah buat resepi ni.

Mula-mula tertanya-tanya juga okay ke kandungan coklat dalam resepi ni yang berganda kuantitinya? Dengan ramuan dalam kek batik dan topping penuh dengan coklat.

Tapi tak perlu risau, resepi ni dibuat kurang manis. Yang penting sedap, cukup berasa dan cukup lemak manisnya. Jom lihat step membuatnya satu per satu.

 

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE TOPPING COKLAT

Topping coklat ni menggunakan Cadbury yang dicampurkan dengan serbuk milo. Bahan-bahnnya memang akan dimasak dan dicairkan dulu atas dapur untuk tekstur yang lebih likat dan creamy.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan adunan kek:
  • 1 paket biskut Marie (patah-patahkan)
  • 200 gram serbuk milo
  • 250 gram mentega
  • ½ tin susu pekat (kalau nak manis boleh lebihkan)
Bahan adunan topping:
  • 1 bar chocolate Cardbury (tak kisah perisa apa yang anda suka)
  • 30 gram serbuk milo
  • 80 ml fresh milk
  • 1 sudu besar mentega
Cara buat kek batik:

▶️ Sediakan kuali sesuai, sebaiknya non stick pan.

▶️ Panaskan kuali dan masukkan mentega dalamnya sehingga mencair.

▶️ Masukkan serbuk milo dan susu pekat.

▶️ Kemudian masukkan biskut marie dan gaul rata.

▶️ Sediakan loyang yang dah siap dilapik dengan parchment paper, dan tuangkan adunan di dalamnya.

▶️ Mampatkan adunan di dalam loyang tu.

▶️ Tunggu sekejap sampai adunan sejuk sikit.

▶️ Kemudian masukkan dalam peti ais (chiller) selama 2-3 jam.

▶️ Sambil menunggu tu bolehlah buat toppingnya pula.

▶️ Untuk masak topping ni gunakan kaedah double boil.

▶️ Cairkan mentega bersama dengan coklat Cadbury dan serbuk milo.

▶️ Sambil tu kacau-kacau supaya sebati masa bahan mencair tu.

▶️ Kemudian masukkan fresh milk dan kacau sampai likat.

▶️ Dah siap, sejukkan sekejap sebelum tuangkan atas kek batik nanti.

▶️ Lepas tuang, boleh letakkan lagi coklat bar atasnya.

 

BACA JUGA: Resepi Kek Coklat Gebu Dan Moist Mudah Tanpa Mixer, Tanpa Blender. Sedap Dengan Topping Coklat Leleh.

 

Walaupun hanya kek batik yang simple je bahannya, bila diletakkan topping terus kek batik ni nampak macam dessert yang mewah dan kayangan.

Kalau tak nak buat topping Cadbury semata-mata, boleh juga campurkan dengan topping coklat putih. Dessert macam ni memang boleh dipelbagaikan ikut citarasa.

Yang penting ikut sukatannya betul-betul dengan idea hidangan anda sendiri. Jangan lupa cuba resepi kek batik biskut marie yang sedap dan mantap ni. Rugi kalau tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.