https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Padang Indonesia Yang Sedap Dan Padu Dengan Aroma Rempah!

0 6,617

Pernah tak anda cuba resepi rendang padang yang berasal dari Indonesia tu? Kalau amati resepi yang ada di internet ni memang ada pelbagai resepinya. Mungkin dah diolah. Tapi yang pastinya, kelainan pada rendang padang ni berbanding rendang biasa ialah warnanya dan juga seladak rendang yang terhasil.

Warna rendang ni lebih gelap, dan kalau tengok seladaknya taklah jauh beza dengan rendang biasa. Cuma kelembapan dan warna seladak lebih menarik dan menyelerakan. Ini disebabkan oleh penggunaan santan yang banyak yang dimasak sehingga kering tanpa dimasukkan kerisik.

Namun boleh juga dikekalkan kerisik atau gantikannya dengan kelapa parut sangai. Sebab tu masaknya lebih lama. Tapi berbaloi dengan hasil rendang yang sangat sedap dan tahan lama. Bukan tu je. Yang buatkan sedap lagi ialah disebabkan ianya kaya dengan rempah ratus yang wangi.

Sesekali kalau anda nak tukar selera dari rendang biasa kepada rendang padang ni boleh juga. Silap-silap bila dah tersuka, waktu hari raya pun kita buat rendang ni. Memang sedap kalau cicah dengan lemang.

Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi rendang padang oleh Nurul Ateekah ni yang sedap dan mudah untuk diikuti.

 

RESEPI RENDANG PADANG INDONESIA

Biasanya rendang padang ni dimasak dengan daging. Sebab daging ni yang sesuai dimasak lama atas api. Tambahan lagi rasa rendang padang daging ni lagi padu dengan rasa lembut-lembut kenyalnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daging 1 kilo (siap dipotong)
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Daun salam 2 helai
  • Daun kunyit 1 helai (dipotong besar)
  • Daun limau purut 6 helai
  • Kerisik 2 sudu besar (tambahan)
  • Minyak masak 3 sudu besar
  • Santan fresh 800 ml (sebaiknya guna yang fresh berbanding santan kotak)

 

Bahan kisar (A):
  • Cili kering 15-20 batang (direbus dulu)
  • Bawang merah 12 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Kunyit hidup 2 cm (tambahan)
  • Buah keras 5 biji

Bahan kisar (rempah):
  • Kayu manis 1 batang
  • Bunga lawang 1 kuntum
  • Buah pelaga 3 biji
  • Bunga cengkih 2 kuntum
  • Biji ketumbar 1 sudu besar
  • Jintan 1 sudu kecil
  • Lada hitam atau lada putih 1 sudu kecil (tambahan)
  • Butmeg atau buah pal 1 biji

(bahan-bahan ni disangai dulu tanpa minyak dalam 3-4 minit. Kemudian kisar kering sehingga halus)

*Kalau nak lagi sedap, boleh sediakan 8 sudu besar kelapa parut, kemudian sangai sehingga kering dan warna coklat. Lepas tu kisar sehingga halus. Boleh masukkannya dalam tumisan bahan A. Bila dah masukkan ni tak perlu masukkan kerisik dah.

Cara masak rendang padang Indonesia:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar A, daun kunyit, serai, daun limau purut dan daun salam. Tumis dengan api sederhana sehingga masak dan sedikit pekat serta keluarkan minyak sedikit.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar rempah.

▶️ Lepas tu masukkan daging dan masak sehingga sedikit pucat. Waktu ni perlu perlahankan api dan kerap kacau supaya tak hangus.

▶️ Kemudian masukkan santan, dan juga kerisik.  Gaulkan sekata.

▶️ Biarkan masak dagingnya sehingga empuk, dan jangan lupa sentiasa kacau.

▶️ Sepanjang masak daging dan santan ni, pastikan api perlahan dan kerap kacau.

▶️ Masak sehingga minyak santan dan warna cili keluar warna dan minyak yang cantik.

▶️ Bila dah kering, bolehlah perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Sotong Sumbat Telur. Tak Sangka Sedap Gila. Wajib Cuba!

 

Mudah je kan cara masaknya. Cuma kena gigih sikit untuk sediakan bahan dan menunggu sehingga daging masak dan kuahnya kering.

Bila bau je rendang padang ni, memang tergoda. Mau makan sampai bertambah-tambah. Nanti bolehlah cuba masak rendang padang ni pula untuk santapan keluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.