pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Puding Buih Berkuah Paling Mudah. Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

0 3,244

Nampak menarik pula warna puding ni. Kalau buat untuk tetamu mesti menarik perhatian. Kali ni saya nak kongsikan resepi puding buih berkuah paling mudah untuk disediakan. Puding buih ni antara puding yang sedap dimakan dengan teksturnya yang ringan dan lembut.

Kalau anda lihat cara membuatnya, nak buat puding buih ni agak berbeza sikit berbanding puding yang lain. Sebab tu teksturnya pun berbeza. Untuk dapatkan hasil buih yang menjadi, ada beberapa perkara perlu diambil kira.

Terutama cara nak menyatukan bahan adunan dan bancuhan agar-agar. Nampak macam rumit kan. Tapi sebenarnya mudah je nak buat, janji mengikut cara yang betul satu persatu.

Kalau anda nak cuba resepi puding buih paling mudah, boleh lihat perkongsian dari Shai Anne Ahemed ni. Boleh buat hidangan yang menyegarkan untuk anak-anak.

Nak menjamah puding buih ni, paling sedap kalau ada kuah sos kastardnya sekali. Barulah bertambah sedap, manis dan wangi.

 

RESEPI PUDING BUIH BERKUAH

Puding ni tak kira nak buat dalam acuan apa sahaja, janji mudah untuk dihidangkan. Kalau tak gunakan acuan dan gunakan cawan atau bekas biasa pun boleh juga.

Bahan-bahan puding:
  • Agar-agar tali 1 bungkus (30 gram)
  • Air putih 1.5 liter
  • Gula ¼ cawan
  • Putih telur 6 biji
  • Kuning telur 5 biji
  • Vanilla 1 sudu
  • Pewarna
  • Daun pandan

Cara buat puding buih:

▶️ Mula-mula bancuh agar-agar dulu.

▶️ Caranya, masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar tali dan masak sehingga mendidih. Jangan lupa masukkan sekali daun pandan yang disimpul.

▶️ Masukkan pewarna dalam agar-agar.

▶️ Lepas tu biarkan agar-agar sejuk.

▶️ Dalam bekas lain, masukkan telur putih dan putar menggunakan mixer dengan kelajuan paling maksimum sampai jadi kembang atau meringue.

▶️ Nak tau adunan kembang atau meringue, adunannya bertanduk dan tak jatuh bila bekas diterbalikkan.

▶️ Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil pukul adunan sehingga gebu.

▶️ Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.

▶️ Akhir sekali masukkan agar-agar tadi yang dah sedikit sejuk ke dalam bekas secara perlahan-lahan.

▶️ Pukul lagi sampai adunan sebati (perlu lihat bahagian bawah dan lihat sama ada adunan tidak terpisah antara buih dan agar-agar).

▶️ Sejukkan puding dalam peti ais.

▶️ Tips paling penting untuk puding buih yang menjadi, kene pastikan agar-agar sejuk dahulu (jangan masukkan yang panas), sebab boleh merosakkan buih dan buih akan hilang atau terpisah menjadi 2 bahagian (iaitu agar di bawah dan buih di atas).

Bahan untuk kuah kastard:
  • Susu sejat 1 tin
  • Air 1 tin (guna tin susu sejat)
  • Kastard 1 sudu besar
  • Merah telur 1 biji
  • Gula ½ cawan
  • Vanilla 1 sudu teh

Cara buah kuah kastard:

▶️ Masukkan kastard dalam mangkuk dan larutkan dengan air.

▶️ Kemudian masukkan dalam periuk dan kesemua bahan-bahan yang lain.

▶️ Kacau sehingga mendidih dan naik bau.

▶️ Pastikan kuah kastard ni sentiasa dikacau sebab kastard mudah hangit.

▶️ Lepas dah mendidih, padamkan api.

▶️ Kacaukan kuah kastard ni sedikit untuk sejukkannya kemudian baru boleh biarkannya.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Aiskrim Sedap Berlemak. Hanya 6 Bahan Je. Tak Sangka Hasil Cantik Dan Menarik!

 

Puding buih ni makan begitu pun dah cukup sedap janji ianya sejuk. Apatah lagi kalau ada kuah kastard yang manis-manis sedap ni.

Kalau nak buat pencuci mulut yang sedap dan melegakan tekak, puding ni boleh jadi salah satu pilihan. Boleh buat untuk keluarga atau hidangan tetamu.

Cara membuatnya pun mudah asalkan ikut tips yang betul untuk hasil yang memuaskan. Lepas ni bolehlah buatnya selalu. Jangan lupa kongsikan resepi puding buih berkuah ni supaya dapat manfaatnya bersama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.