pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Phat Phet Ala Thai. Cukup Dengan Rasa Pedas Masam Manis. Wajib Cuba!

0 1,442

Pernah dengar tak nama masakan Phat Phet? Sebenarnya masakan Phat Phet ni ialah hidangan asal dari Thailand. Kalau ikut maknanya ialah goreng pedas. Lihat maksudnya pun dah tau kan. Cara masakannya mesti kena dengan tekak kita. Selalunya, orang paling suka buat resepi ayam masak Phat Phet.

Dah bermacam variasi atau cara masakan yang diolah mengikut citarasa sendiri. Ada yang suka terlajak pedas, ada yang suka jenis kering. Janji ianya tak lari dari masakan Thai yang cukup rasa pedas, masin, masam semua tu.

Kalau dapat yang lagi pedas, lagi sedap dimakan dengan nasi. Tanpa lauk lain pun dah cukup membangkitkan selera. Resepi ayam masak Phat Phet ni ada dikongsikan oleh Syahirah Mokhtar.

Kalau lihat bahan-bahannya, tak jauh sangat bezanya dengan masakan goreng berlada atau masak kunyit yang selalu kita buat. Cuma ada tambahan sos ikan dan limau kasturi yang memang sinonim dengan masakan Thailand.

Pada isteri atau ibu-ibu yang dah tak tau nak masak apa untuk keluarga, bolehlah sekali-sekali tukar selera ke menu Thai ni. Mudah je cara masakannya.

 

RESEPI AYAM MASAK PHAT PHET ALA THAI

Apa yang menarik masakan Thai ni ialah, ada aroma wangi yang datangnya dari tumisan bawang putih, halia dan serai. Selepas tu, ada pula daun limau purut yang menaikkan lagi aroma masakan.

Selain tu, antara lain yang wajib ada ialah sos ikan. Bagi anda pencinta masakan Thai, wajib ada sos ikan ni di dapur rumah masing-masing. Tak ada sos ikan, bukanlah masakan Thai namanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos ikan
  • Daun limau purut 2-3 helai
  • Limau kasturi 3 biji (ambil air jusnya sahaja)
  • Bawang holland 1 biji
  • Serai 2 batang (dititik)

 

Bahan B (bahan kisar atau tumbuk):
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan anda mahu)
  • Cili besar 3-5 biji
  • Halia besar ibu jari
  • Kunyit
  • Bawang putih 3-4 ulas

Cara masak ayam masak Phat Phet:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam. Kemudian lumurkan kunyit serbuk dan garam sedikit dan gorengkan separuh masak. Jangan terlampau garing.

▶️ Lepas dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Tumbuk atau kisar bahan B. Kalau nak kisar, jangan kisar terlalu hancur.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan kisar. Tumis bahan ni bersama dengan serai yang dah dititik sehingga naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan pula sos tiram, sos cili dan sos ikan sedikit. Boleh agak-agak.

▶️ Kemudian masukkan air perahan limau kasturi.

▶️ Masukkan pula daun limau purut.

▶️ Dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Boleh masukkan air sikit untuk bagi kuah ecak.

▶️ Dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau sekata.

▶️ Boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Merah Kenduri. Sedap Hidang Dengan Jelatah Timun Nenas! Wajib Cuba!

 

Nyummy, betul-betul sedap dan menyelerakan. Kalau makan lauk ayam masak Phat Phet ni, lebih baik tak ada lauk lain lagi dah yang terhidang. Dengan pedas, masam, manis dan cukup berasa, memang sedap kalau nikmati lauk ni je. Hidangkan dengan nasi panas, confirm makan bertambah-tambah.

Ayamnya pun bila digoreng tak terlalu garing, isinya jadi lagi lembut dan juicy. Bila sebati dengan kuah ecak lauk tu, lagi sedap. Lepas ni bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.