Segalanya Tentang Makan..

Rojak Mee Sedap. Mudah Je, Resepi Turun Temurun Yang Dibuat Berniaga. Wajib Cuba.

0 3,785

Sedapnya kalau dapat makan rojak mee yang sedap buat minum petang . Dah lama rasanya tak makan. Dulu sebelum pandemik bolehlah makan kat kedai mamak atau stall-stall tepi jalan tu. Bila makan lengkap dengan segala bahan sampingan seperti kuih rojak dan tauhu lagi puas makan.

Rojak mee yang sedap ni dah tentu pada kuahnya dan juga bahan sampingan lain. Tak susah pun nak buat kuah rojak sebab bahannya ringkas. Tambah lagi resepi daripada Suisan Aliezsha ni memang senang dibuat dan sedap. Menjadi resepi turun temurun yang dibuat berniaga.

Memang tak rugi kalau cuba. Hidangan rojak mee yang lengkap biasanya ada kuih rojak, tauhu, telur rebus, taugeh dan cili padi potong. Itu pun dah cukup sedap dan menyelerakan.

Cuma kuahnya tulah ikut air tangan masing-masing. Ada yang suka kuah pekat dan ada yang suka cair sedikit. Yang penting cukup rasanya dan kena dengan selera tekak anda sekeluarga.

Dalam resepi ni bukan hanya ada cara masak kuah je. Ada juga perkongsian untuk buat kuih rojak. Yang ini selalunya paling laku sekali kalau makan rojak mee ni. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI ROJAK MEE MUDAH DAN SEDAP

Yang memekatkan kuah rojak mee ni ialah tepung jagung. Sama jugalah kalau masak kuah mee hailam, mee rebus dan sebagainya. Kalau nak kurang pekat, boleh kurangkan tepung jagung ni. Terpulang pada selera masing-masing.

Bahan-bahan untuk kuah:
  • 1 paket biskut marie (patah-patahkan) – Resepi ni gunakan cap ping pong
  • Kentang 3 biji (direbus dan dikisar)
  • Cili kering (kisar)
  • Udang kering (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu besar tepung jagung
Cara masak kuah rojak mee:

▶️ Mula-mula panaskan sikit minyak.

▶️ Masukkan cili kering, udang kering dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sampai naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

▶️ Seterusnya masukkan kentang yang telah dikisar.

▶️ Masukkan biskut marie dan kacau sehingga biskut hancur.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau sebati.

▶️ Padamkan api.

Bahan untuk kuih rojak:
  • 2 senduk tepung gandum
  • 2 sudu besar yis
  • Daun kucai (tak ada pun tak apa)

Cara buat kuih rojak:

▶️ Sediakan mangkuk yang sesuai.

▶️ Kemudian satukan tepung, yis dan secubit garam.

▶️ Bancuhkan dengan air sikit dan pastikan jangan terlalu cair.

▶️ Lepas tu masukkan kucai, dan perap adunan dalam beberapa minit.

▶️ Bila dah sedia nak goreng, panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Cara nak masukkan adunan boleh gunakan hujung sudip dan masukkan dalam kuali. Nanti dapat hasil kuih rojak yang panjang-panjang nanti.

▶️ Namun nak goreng dengan cara apa pun tak kisah. Terpulang pada anda.

▶️ Lepas goreng boleh angkat dan toskan minyak.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Jawa Sedap. Kuah Pekat Dan Berasa. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

 

Hidangkan kuih ni dalam rojak mee. Selain kuih rojak ni, sediakanlah tahu putih (goreng potong-potong), kentang rebus yang empuk, telur rebus, taugeh, timun dan sebagainya. Hidangan sampingan yang lengkap macam ni baru puas makan.

Mee kuning sebagai mee nya pula nanti jangan terlupa untuk hidangkan sekali pula. Celurkan sikit dengan air panas sebelum hidangkan. Tapi sekejap je.

Sedapnya kalau dapat makan waktu minum petang. Rupanya mudah je nak buat kuah rojak mee yang sedap ni. Nanti bolehlah mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.