Selalu menu sarapan pagi dan minum petang anda makan apa? Nasi lemak, bihun, kuih muih dan goreng pisang? Sekali sekala apa kata jom gantikan dengan menu sihat dan sedap ni iaitu resepi sandwich tuna simple yang lengkap dengan sayuran.
Nak buat bekal untuk anak-anak ke sekolah pun boleh. Pasti anak-anak suka dengan rasa tuna tu lagi-lagi tuna mayonis. Sayuran pun anda boleh pilih ikut mana yang mereka suka. Sandwich tuna ni bukan je sedap malah mengenyangkan.
Resepi sandwich tuna simple ni dikongsikan oleh MasAyu Legacy. Roti sandwichnya akan dibuat dalam dua layer, dimana satu layer untuk campuran bahan tuna, dan satu layer lagi untuk campuran bahan sayuran.
Selalunya sandwich inilah yang biasa dijual untuk mereka yang mahu buat majlis hari jadi atau jemputan tetamu ke rumah. Bila dah jumpa resepi ni, boleh buat sendiri. Boleh jimat sikit dari beli.
Dalam campuran bahan tuna akan dimasukkan cili api yang diracik. Kalau nak buat untuk anak-anak, anda boleh kurangkan atau skip bahan cili api ni.
RESEPI SANDWICH TUNA SIMPLE
Nak mudah, nanti sediakan bahan tuna dan sayuran berasingan untuk mudah anda buat layernya satu persatu.
Bahan-bahan untuk layer tuna:
- Tuna mayonis Ayam Brand
- Bawang besar sikit yang didadukan
- Mayonis 1 sudu besar
- Sos cili 1 sudu besar
- Cili api sedikit
Bahan untuk layer sayuran:
- Timun yang didadukan
- Tomato yang didadukan
- Mayonis 1 sudu
- Sos cili 1 sudu
Bahan lain:
- Roti
- Salad
Cara penyediaan sandwich tuna simple:
▶️ Gaulkan bahan untuk layer tuna.
▶️ Dalam mangkuk lain, gaulkan pula bahan untuk layer sayuran.
▶️ Sediakan 3 keping roti untuk 1 set sandwich.
▶️ Letakkan bahan sayuran dan ratakan.
▶️ Kemudian letakkan salad atasnya. Ambil 1 keping lagi roti dan letakkan atas salad ni.
▶️ Kemudian ratakan bahan tuna atas roti ni pula.
▶️ Dan tutup dengan lapisan roti yang ketiga.
▶️ Kemudian potongkan silang pangkah. Akan dapat dalam 4 mini sandwich dalam 1 set tadi.
▶️ Sedia dihidangkan!
BACA JUGA: Puding Roti Pisang Simple Dan Terlajak Sedap. Garing Di Luar Dan Lembut Juicy Di Dalam!
Mudah je kan. Nak buat sandwich ni walaupun ada 2 layer dengan campuran bahan pelbagai, tapi nak sediakannya sekejap je. Beberapa keping roti boleh dapatkan sandwich mini yang banyak dan lengkap isinya.
Bukan je perisa tuna. Kalau nak buat dengan inti lain pun boleh. Contohnya sandwich telur atau sandwich sardin. Bahan tuna tu anda boleh gantikan atau tukar bahannya bersesuaian dengan bahan telur, contohnya telur rebus digaulkan dengan mayonis dan serbuk lada hitam.
Begitu juga dengan inti sardin. Anda boleh ubah bahan ikut mana yang bersesuaian. Kemudian buat dalam 2 layer yang sama seperti cara ni. Mudah je. Bolehlah hidangkan untuk keluarga dan tetamu. Selamat mencuba!