Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-wNA1L8.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-wNA1L8.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Celup Ala Thai Sedap Dan Padu. Masak Sampai Kuah Rasa Pekat Dan Beraroma!

0 14,162

Ramai orang memang gilakan makanan Thai sebab kita tahu masakan Thai ni kaya dengan bahan yang beraroma wangi dan cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Tapi jarang dapat cuba resepi mee celup ala Thai ni melainkan kat belah Pantai Timur.

Kalau lihat kuah mee celup Thai yang biasa dihidangkan kat restoran belah Pantai Timur, kuahnya kelihatan berbeza dengan mee biasa kita masak seperti mee sup, mee rebus dan sebagainya. Warna kuahnya kelihatan pekat dan bewarna sedikit coklat.

Ini disebabkan oleh rebusan kuahnya dari daging lembu atau pun organ dalaman lembu seperti perut dan limpa. Sebelum buat kuah, ditumis pula dulu bawang, halia, batang ketumbar dan lada hitam untuk bagi rasa dan aroma yang wangi.

Sebab tu kuah mee celup Thai ni kalau makan sampai meleleh peluh. Sebab cukup rasa bahang lagi-lagi makan waktu panas-panas. Resepi mee celup ala Thai sedap dan padu ni dikongsikan oleh Iza Abu Bakar. Tapi bahan dagingnya ditukar kepada ayam ikut selera sendiri.

Nak buat mee celup ni sebenarnya mudah je sebab bahan-bahan sangat ringkas. Bahan tumis cuma gunakan 4 bahan asas, dan selebihnya perasa kicap dan sos. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI MEE CELUP ALA THAI

Mee celup ni nak lagi sedap boleh dimakan sekali dengan sambal kicap. Rasa pedas dan manis kicap tu menaikkan lagi rasa enak mee celup ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bawang putih  4 ulas (ditumbuk)
  • Halia ½ inci (dihiris halus)
  • Akar ketumbar (ditumbuk)
  • Lada hitam 1 sudu besar (ditumbuk)
  • Ayam
  • Gula melaka
  • Kicap manis ½ cawan
  • Sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk tumisan
  • Air secukupnya

Bahan hidangan:
  • Mee kuning (dicelur)
  • Taugeh
  • Kacang tanah (digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk kasar)
  • Kangkung atau sawi
  • Daun ketumbar dihiris
  • Cili flakes
  • Limau nipis (ambil jusnya dibuat penambah rasa)

 

Cara masak mee celup ala Thai:

▶️ Mula-mula panaskan sedikit minyak dalam periuk.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan juga halia yang dihiris. Dan tumis sehingga garing dan naik bau wangi.

▶️ Masukkan ayam. Boleh masukkan isi dan bahagian tulang juga sebab kedua-duanya bagi bau yang wangi.

▶️ Biarkan ayam ditumis sekejap. Selepas tu baru masukkan air. Biarkan air mendidih dan merenih.

▶️ Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan juga gula melaka. Boleh agak-agak ikut kuah anda.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan lagi sekejap mereneh untuk sebatikan dah pekatkan sikit kuah.

▶️ Kemudian keluarkan ayam. Carikkan isi ayam halus-halus.

▶️ Boleh padamkan api dan sedia untuk hidangkan mee celup ni.

▶️ Mee celup ni nak hidangkan pun ada caranya.

 

Cara hidangan mee celup Thai:

▶️ Mula-mula ambil mee yang dah dicelur dan masukkan ke dalam mangkuk.

▶️ Kemudian letakkan sawi atau kangkung, taugeh, isi ayam yang dicarik dan daun ketumbar.

▶️ Siram kuah yag dah dimasak tadi panas-panas ke atas bahan-bahan dalam mangkuk.

▶️ Kemudian taburkan cili flakes dan juga kacang tanah yang dah ditumbuk kasar.

▶️ Perahkan sikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.

▶️ Sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Jawa Sedap. Kuah Pekat Dan Berasa. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

 

Nak hidangkan dengan sambal kicap pedas pun boleh juga. Sedap dan cukup membangkit selera. Mee celup ala Thai ni sesuai bagi anda yang suka kuah yang pekat dengan rasa pedas-pedas dan beraroma.

Bagi yang tak berapa suka daging, boleh gantikan dengan ayam untuk salah satu bahan asas kuahnya tu. Kalau nak ikutkan, daging ni sedap dan ada baunya tersendiri. Tapi bergantung pada selera masing-masing. Rasanya masih sedap dan padu! Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.