Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-L5sstw.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-L5sstw.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Bosan Dengan Roti Bakar Biasa. Jom Buat Roti Pisang Rangup Yang Sedap Macam Kedai Bakery!

0 2,572

Duduk rumah ni bosan pula tak tau nak buat snek apa. Minum petang pun kadang-kadang muak kalau makan kuih atau cucur yang sama. Kalau ada roti gardenia dan pisang kat rumah tu, apa kata jom buat roti pisang rangup ni.

Nama je roti pisang rangup, tapi bila digigit rasa lemak berkrim dengan campuran cheese dan marjerin! Fuhh, dengar je pun dah buat kita telan air liur. Macam roti special yang biasa ada kat kedai roti dan bakery pula. Tapi sebenarnya roti pisang rangup ni hanya gunakan bahan yang simple je.

Hanya 6 bahan je termasuk roti dan pisang! Roti pisang ni sedap dan rangup sebab dibakar dengan kesemua bahannya yang lain. Bila roti digigit crunchy, alangkah nikmat bila gigit dengan pisang manis yang dibakar sekali. Tau je lah pisang ni bila dibakar, manisnya lebih terasa.

Perkongsian resepi roti pisang yang sedap ni ialah dari Hamizah Zakaria. Seronok kalau tengok resepi yang simple dan tak perlukan banyak bahan tapi rasa dia cukup marvellous. Tak perlu pening kepala nak lengkapkan bahan yang pelbagai.

Buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Kita yang dewasa pun menggemarinya apatah lagi kanak-kanak yang sangat suka snek yang rangup dan manis. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI ROTI PISANG RANGUP

Untuk pisang, anda boleh gunakan apa-apa saja jenis pisang yang manis dan yang dah masak. Ikutlah nak letak banyak mana untuk setiap kepingan roti. Mungkin ada yang suka pisang yang sikit je. Tapi kalau letak penuh atas kepingan roti, lagi sedap!

Bahan-bahannya:
  • Roti gardenia
  • Pisang
  • Marjerin
  • Kuning telur
  • Gula perang
  • Cheese cheddar

Cara buat roti pisang rangup:

▶️ Mula-mula sapukan marjerin di seluruh atas permukaan kepingan roti.

▶️ Kemudian belah 2 pisang dan susun di atasnya. Cara susun tu boleh ikut kreativiti sendiri.

▶️ Atas pisang tu, sapukan lagi marjerin. Dan kemudian sapukan kuning telur pula.

▶️ Seterusnya taburkan cheese cheddar dan juga gula perang.

▶️ Dan akhir sekali bakar dalam ketuhar atau air fryer pada suhu 180c lebih kurang dalam 5 ke 7 minit.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dijamah!

 

BACA JUGA: Resepi Mini Cheese Cake Peach. Sedap, Rangup Dan Cair Di Mulut!

 

Kalau dapat makan masa baru keluar dari ketuhar memang lagi nikmat rasanya. Roti yang masih rangup dan pisang yang panas tu memang betul-betul sedap bila digigit. Terasa krup krap nya.

Kalau nak buat sebagai sarapan pagi dan minum petang memang sesuai. Bagi ibu-ibu, kalau nak jadikan bekalan anak-anak ke sekolah pun boleh juga. Bukan je sedap, malah mengenyangkan dengan roti dan juga pisangnya tu.

Lepas ni, bolehlah jadikan resepi roti pisang ni sebagai idea dessert atau snek ringan untuk keluarga di rumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.