pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Dah Lama Teringin Makan Wajik, Jom Buat Wajik Kampung Yang Sedap Dan Lemak Manis Ni!

0 14,121

Kalau tiba musim raya, mulalah teringat pelbagai juadah raya yang kita nikmati di kampung. Di kampunglah selalu dapat merasa masakan yang ganjil-ganjil dan jarang kita nak buat sendiri di rumah. Salah satunya ialah hidangan wajik kampung ni! Enak dengan rasa manis dan tekstur melekitnya tu!

Budak-budak zaman sekarang mungkin dah tak terdedah lagi dengan hidangan wajik ni. Sekarang ni pun dah sukar nak pulang ke kampung. Apa kata buat sendiri wajik ni di rumah dan imbau kembali nostalgia memasak wajik ni di kampung dengan orang tua.

Kalau sesetengah tempat tak panggilnya wajik. Di belah utara dikenali sebagai pulut kacau. Dan ada juga panggilnya pulut manis. Apa pun nama panggilan, cara buat dan rasanya sama je.

Yang penting keenakannya dengan rasa manis, lemak dan lekit ala tekstur pulut. Memang sedap buat pemanis mulut. Sekarang ni bukan musim raya pun orang buat wajik ni untuk majlis kenduri, makanan santai dan sebagainya.

Kalau anda nak cuba, jom ikut resepi mudah dengan step lengkap yang dikongsikan oleh Saiful Nasuha ni. Rupanya tak banyak pun bahan dan mudah je untuk disediakan.

 

RESEPI WAJIK / PULUT KACAU

Wajik ni, yang sedap tu bukan semata-mata rasa manisnya je, tapi bila pulutnya tu dimasak dengan betul dan sedap bila digigit. Jadi kenalah pastikan pulut dikukus tak terlalu keras dan tak juga terlalu lembik.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Beras pulut susu ½ kilo
  • Santan yang kurang sikit dari ½ kilo (agak-agak untuk bagi cukup lemak)
  • Gula merah 2 cup
  • Gula pasir ½ cup
  • Garam secubit
  • Daun pandan 2 helai

Cara nak buat wajik:

▶️ Sebelum mula masak, rendamkan dulu beras pulut dalam 2-3 jam.

▶️ Lepas dah rendam, kukuskan beras pulut ni bersama dengan carikan daun pandan sehingga masak.

▶️ Kemudian sejukkan pulut tu.

▶️ Sementara tu boleh masakkan gula merah dengan air, kemudian tapis.

▶️ Dalam periuk, satukan air gula merah ni bersama dengan gula pasir dan juga secubit garam.

▶️ Panaskannya atas dapur sehingga mendidih.

▶️ Lepas tu masukkan santan dan kacau sebati. Masakkannya sampai mendidih.

▶️ Kemudian masukkan pulut yang dah siap dikukus tadi, dan kacaukannya sampai pekat likat.

▶️ Dan akhir sekali masukkan ke dalam bekas, dan ratakannya sampai sekata.

▶️ Biarkan sejuk. Dah sedia untuk dijamah.

 

BACA JUGA: Resepi Pulut Inti Kelapa Manis. Sedap Berlemak Dan Wangi Dalam Daun Pisang.

 

Memang bangga kalau dapat buat wajik ni menjadi. Iyalah, dulu-dulu kalau kat kampung, orang tua je yang sediakan. Kita hanya terus makan je.

Wajik ni konsepnya ialah hidangan ala pulut yang berlemak dan dimasak dengan rasa manis. Kalau tak manis, bukan wajik namanya. Jangan pelik pula kalau banyak gunakan gula dalam resepi ni.

Kalau dah lama kempunan nak makan wajik tu, bolehlah cuba resepi wajik kampung yang sedap ni. Boleh nikmati sepuas-puasnya. Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.