Kek coklat ni antara kek yang amat diminati. Kalau anda suka sangat dengan kek coklat ni, tak kira kek coklat jenis macam mana pun kan. Sama ada dikukus, dibakar, atau jenis kek span, mahupun brownies coklat. Memang digilai. Resepi kali ni jom buat kek coklat moist yang super gebu ni pula.
Cara buat kek ni sebenarnya simple. Rahsia kesedapannya ialah bila adunan coklat dimasak dahulu, dan kemudian disebatikan dengan adunan tepung dan bahan lainnya. Bila dikukus, akan terhasil kek yang lembap, padat dan juga gebu.
Kalau sebut kek coklat ada yang terbayang rasa kemanisannya. Manis kek ni bergantung pada bahan yang digunakan. Sudah tentu anda boleh adjust kuantiti gula dan susu pekat untuk tahap rasa manis yang anda suka.
Kalau buat kek coklat ni, tak perlu risau kalau-kalau kek ni jadi sangat manis, sebab serbuk koko akan seimbangkan rasa. Janji ikut sukatan bahan yang ditetapkan.
Bagi anda yang dah lama cari resepi kek coklat moist gebu yang manis-manis manja, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Nurlina Azmi ni.
RESEPI KEK COKLAT MOIST GEBU
Kalau buat kek coklat moist ni, ada yang suka makan waktu panas-panas lepas dikukus. Ada juga yang suka sejuk yang disimpan dalam peti sejuk dahulu. Boleh ikut suka anda nak menikmatinya macam mana.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
- Gula 1 cawan
- Minyak 1 cawan
- Serbuk koko 1 cawan
- Susu cair 1 cawan
- Susu pekat ½ cawan
Bahan B:
- Telur 3 biji
- Esen vanilla 1 sudu teh
Bahan C:
- Tepung gandum ½ cawan
- Baking powder 1 sudu teh
- Soda bikarbonat 1 sudu teh
Cara buat kek coklat moist dan gebu:
▶️ Mula-mula satukan kesemua bahan A dalam periuk dan masakkan atas dapur dengan api yang perlahan.
▶️ Masak sekejap je, kemudian padamkan api dan biarkan sejuk.
▶️ Kemudian blender bahan B sampai adunan kembang.
▶️ Masukkan adunan B ni ke dalam bahan A yang dah sejuk tadi.
▶️ Kemudian ayak bahan C.
▶️ Dan masukkan pula ke dalam periuk. Kacaukan kesemua bahan ni sehingga sebati.
▶️ Sambil tu panaskan air pengukus.
▶️ Sediakan loyang atau acuan yang sesuai. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
▶️ Kemudian kukus selama 45 minit.
▶️ Sebelum kukus, tutup dulu acuan atau loyang menggunakan aluminium foil supaya air dari penutup kukus tak menitik atas kek nanti.
▶️ Dah siap kukus, boleh buka penutup dan biarkan wap keluar sebentar.
▶️ Dah sejuk, keluarkan dari acuan dengan terbalikkannya.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Cara Buat Kek Coklat Cheese Gebu Dan Lembut Guna Sukatan Cawan. Senang Je!
Kalau anda pakai acuan berbentuk macam ni mudah nak potong. Ikut je alurnya. Kalau dapat makan panas-panas macam tu je memang sedap.
Ada sesetengah tu suka kalau ada topping. Anda boleh buat topping kegemaran. Tak kira sama ada coklat leleh atau apa sahaja anda suka sebagai penambah rasa.
Jangan lupa cuba resepi kek coklat moist, gebu dan sedap ni. Boleh buat pemanis mulut istimewa untuk hidangan santai sekeluarga. Selamat mencuba!