pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Simple Sekali, Tapi Sedap Sampai Menjilat Jari!

0 43,218

Tak tahu nak masak apa hari ni? Kalau ada ayam dalam peti ais tu, apa kata jom masak resepi ayam masak kicap yang paling simple, tapi teramatlah sedap dengan kuahnya yang banjir. Masakan kicap ni walaupun manis, boleh buat versi pedas dengan lebihkan cili padi. Baru menangkap rasa dia.

Resepi ayam masak kicap yang dikongsikan oleh Solehah Johari ni menggunakan bahan yang sangat simple dan ringkas. Bahan tumisannya hanya halia dan bawang besar yang akan mewangikan kuah. Tak perlu nak pening-pening dengan pelbagai bahan, dah boleh buat masakan kicap yang menyelerakan.

Kalau buat resepi ni, memang sedap dilebihkan kuahnya. Sebab rasa manis-manis, pedas dan wangi kuah tu enak digaulkan lebih dengan nasi.

Tak perlu lagi ada lauk lain, dah boleh menjamu selera. Biasanya kalau nak buat telur masak kicap simple pun boleh gunakan resepi yang sama, cuma gantikan ayam dengan telur.

Buat ibu-ibu yang sibuk bekerja dan kelam kabut nak buat juadah makan malam untuk keluarga, ayam masak kicap simple ni boleh jadi menu masakan yang anda boleh buat. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE DAN SEDAP

Ayam tu perlu digorengkan dulu sebelum dicampurkan ke dalam kuah kicap. Tak kira sama ada nak gorengnya garing atau lebih sukakan juicy. Ikut selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 5 ketul (digoreng)
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • Air asam jawa
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa (kalau nak tambah)
  • Minyak masak

Cara penyediaan ayam masak kicap simple:

▶️ Mula-mula bersihkan ayam dan potong ikut besar mana anda suka.

▶️ Lumurkan dengan serbuk kunyit dan juga garam.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ayam sehingga masak. Ikut suka nak masak ayam tu garing atau ¾ masak untuk rasa lebih juicy.

▶️ Hiriskan halia dan bawang besar.

▶️ Gunakan minyak yang sama (keluarkan sikit kalau minyak terlalu banyak).

▶️ Selepas minyak dah panas, masukkan halia, bawang besar yang telah dihiris dan juga cili padi.

▶️ Tumiskan sehingga garing dan naik bau.

▶️ Masukkan pula air asam jawa, sos tiram dan juga kicap.

▶️ Boleh adjust banyak mana kuah anda nak. Dan ikut juga rasa manis-manis masam air asam jawa dan kicap ni.

▶️ Masak sehingga mendidih.

▶️ Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng tadi bersama dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.

▶️ Gaulkan sebati.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemuk Viral. Tak Sangka Buat Sendiri Mudah Dan Sedap.

 

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Kalau nak ada penambahan bahan seperti lobak merah atau cili besar, boleh masukkannya semasa kuah kicap sedang mendidih.

Bolehlah tambah-tambah bahan untuk pelbagaikan lauk bak kata orang tu. Tapi kalau makan simple macam ni pun dah cukup sedap dan menyelerakan.

Ayam masak kicap ni bukan je mudah nak masak. Tapi dikira lauk yang kena dengan selera semua orang tak kira anak-anak atau orang dewasa. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.