Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cheesecake 3 Bahan. Lembut Dan Creamy Macam Aiskrim. Sedap Tak Ingat.

0 1,214

Shout out pada peminat cheese! Jom buat cheesecake 3 bahan yang senang gila dari resepi Yuss Aisya ni. Bahannya simple je, tapi rasa dia bukan main sedap lagi. Lembut dan lemak berkrim. Kalau anda jenis suka dessert manis dan lembut macam ni bolehlah buat.

Tapi pada yang tak minat sangat cheese tu tak digalakkanlah. Bukan selera anda ni. Tapi kalau nak cuba sekali sekala bolehlah. Mana tau terus jatuh hati. Nak buatnya pun senang je. Kalau teringin bolehlah nanti buat sendiri.

Apa yang buatkan sedap ialah tekstur kek yang gebu dan super creamy. Setiap kali picit ada bunyi macam buih sabun. Itu tandanya kek ni berongga dan gebu. Salah satu sebab cheesecake ni lembut dan creamy disebabkan oleh bahan-bahan yang dipukul sampai betul-betul berkrim.

Selain dari tu, proses waterbath masa membakar pun menjadikan cheesecake lebih lembut dan gebu. Cuma ada pantang larang yang anda kena titik beratkan sebelum buat kek ni.

Sebelum mula, pastikan semua alatan seperti mangkuk, acuan, mixer dan sebagainya dilap sampai betul-betul kering dari apa-apa bahan cecair. Jangan ada air atau minyak sikit pun yang tercalit.

 

RESEPI CHEESECAKE 3 BAHAN

Kalau ada bendasing dalam adunan nanti boleh mencacatkan resepi. Kek ni memang sensitif pada persekitaran sebenarnya. Kalau tersilap, kek anda boleh batat dan tak menjadi sudahnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 biji telur
  • 120 gram cream cheese (dalam suhu bilik)
  • 120 gram susu pekat manis

Cara buat cheesecake 3 bahan:

▶️ Mula-mula pasaskan dulu oven pada suhu 160’c selama 10 minit.

▶️ Proses bakar ialah waterbath. Jadi, masukkan air panas siap-siap dalam loyang dalam setengah loyang. Masukkan je dalam oven.

▶️ Dalam mangkuk lain, asingkan telur kuning dan telur putih. Masukkan telur putih tu dalam mangkuk besar.

▶️ Dalam mangkuk mixer, masukkan cheese dan susu pekat manis. Pukul sampai berkrim dan wajib tak ada ketul-ketul.

▶️ Kemudian masukkan telur kuning dan pukul sekejap. Ketepikan.

▶️ Dalam mangkuk lain, pukul telur putih pula sampai bertanduk (merengue). Lebih kurang dalam 10 minit dalam kelajuan sederhana.

▶️ Dah siap tu, sendukkan adunan putih yang dah bertanduk ni dan masukkan ke dalam adunan mula-mula tadi.

▶️ Kaup balikkan ia secara lembut. Jangan ganas sangat kacau.

▶️ Lepas tu, tuangkan adunan ke dalam loyang yang dah dilapikkan dengan paper di gris.

▶️ Masukkan dalam loyang air panas tadi.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 160’c selama 15 minit pertama dengan api atas bawah.

▶️ Dan 150’c pada 45 minit seterusnya atau sehingga masak. Ikut suhu oven anda ya.

▶️ Bila dah masak, boleh lihat sama ada dah masak sepenuhnya. Cucuk dengan lidi di tengah-tengah kek. Kalau tak ada adunan yang melekat, tandanya dah masak.

▶️ Biarkan sejuk dahulu baru keluarkan kek dari loyang.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Nan Cheese Lembut Gebu Ala Mamak. Syok Letak Cheese Lebih.

 

Bila dah masak memang lembut sangat-sangat. Goyangkannya, akan gegar adunan kek tu. Boleh bayangkan kan kesedapannya?

Sebaiknya jangan makan terus. Tunggu dulu sejuk dalam ½ jam. Nikmat sangat rasanya. Kalau makan sejuk-sejuk, terasa macam makan aiskrim bercheese.

Buat untuk anak-anak cheesecake 3 bahan memang laju je habis ni. Memang confirm anak-anak tak akan menolak. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.