https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuey Teow Kungfu Sedap, Dengan Kuah Pekat Dan Mewah Bahan. Kalah Kedai.

0 2,920

Dalam banyak-banyak menu kuey teow, kuey teow kungfu ni antara yang paling ramai orang suka. Resepi kuey teow Kungfu ni sebenarnya simple je. Tapi sebab ianya berkuah dan banyak bahan tambahan buatkan bertambah sedap. Nak-nak letak banyak ayam dan seafood.

Memang sedap kalau makan panas-panas. Kuah pula pekat dan sedap berperisa. Mau makan sampai licin. Kuey teow Kungfu yang sedap bila kuahnya tu pekat, rencahnya berasa dan cukup kepedasannya. Sebab tu orang suka makan kuah yang banyak.

Resepi ni dikongsikan oleh Nur Khalida Khalid. Tak susah nak buat kuey teow Kungfu ni. Sebab bahannya ringkas je. Cuma kena sediakan bahan sayur dan binatangnya tu je banyak sikit baru sedap.

Itu pun terpulang pada selera anda. Kalau nak letak ayam je pun boleh. Atau nak letak banyak mana terpulang pada selera masing-masing.

Untuk gorengan kuey teow salut telur tu pula, buat garing-garing lagi bertambah sedap. Bila makan dengan kuah pekat tu terasa nikmatnya.

 

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

Buat sendiri kuey teow Kungfu ni sebenarnya banyak jimat berbanding makan kat kedai. Di kedai kadang-kadang seafoodnya kurang. Ayam pun sikit. Bila masak sendiri ni lebih puas hati dan berbaloi. Letaklah banyak mana anda suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Udang
  • Sotong
  • Ayam
Bahan B:
  • Lobak merah
  • Sayur pakchoy
  • Kobis bunga
  • Baby corn
  • Tomato
Bahan perasa:
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Kiub ayam
  • Lada sulah
  • Garam
  • Tepung jagung (memekatkan kuah)
Lain-lain:
  • Kuey teow
  • Telur

Cara masak kuey teow Kungfu:

▶️ Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sampai garing dan naik baunya.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram dan kiub ayam. Kacau sebati.

▶️ Masukkan air ikut banyak mana anda nak kuahnya.

▶️ Masukkan ayam, lobak merah dan baby corn.

▶️ Lepas tu masukkan udang, sotong, kobis bunga dan sayur pakchoy.

▶️ Biarkan kuah mendidih.

▶️ Dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit. Agak-agak anda nak pekat macam mana kuahnya.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam, perisa dan lada sulah. Boleh rasa dulu kuahnya sebab masinnya dah berasa sikit sebelum tu.

▶️ Bila dah siap, padamkan api.

▶️ Untuk gorengan kuey teow, pecahkan telur 3 biji dalam mangkuk dulu.

▶️ Letaklah sedikit lada sulah untuk perasanya. Dan ketuk sebati.

▶️ Tuang sikit-sikit telur dalam mangkuk kuey teow dan gaul sebati. Jangan letak habis, agak-agak je sampai kuey teow dah bersalut dengan telur.

▶️ Lepas tu goreng dalam minyak yang panas.

▶️ Dah garing, boleh angkat dan toskan.

▶️ Buat berapa banyak anda nak. Kalau telur habis boleh tambah.

 

BACA JUGA: Resepi Char Kuey Teow Sedap Macam Kedai. Buat Pes Dan Goreng Satu-Satu. Serius Padu!

 

Biasanya bila buat gorengan kuey teow ni tak perlu letak banyak-banyak sangat kuey teow pun. Sebab bila makan memang cepat mengenyangkan.

Mana taknya, ada salut telur, berkuah dan banyak bahan tambahannya. Sebab tu kalau makan semangkuk pun dah memadai dan cukup puas.

Kalau tengok resepi kuey teow Kungfu versi ni, resepinya dibuat tak pedas. Kalau anda suka pedas, boleh titikkan cili padi dan masukkan dalam kuah masa mendidih. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.