Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Nan Cheese Lembut Gebu Ala Mamak. Syok Letak Cheese Lebih.

0 4,420

Dah lama tak pekena roti nan cheese kat kat kedai mamak kan? Kalau selalu ke kat sana tak sah tak order roti nan cheese lembut gebu ni. Mintak extra cheese, fuhh makan dia je dah sedap. Tak payah nak cicah-cicah lagi dengan kuah segala macam.

Kalau rindu roti nan cheese mamak ni, bolehlah cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Siti Ayu Ishak ni. Menarik untuk dicuba sebab mudah je bahan dan cara buatnya. Tak payah perap terlampau lama sangat dan boleh terus buat.

Tapi mungkin kalau lagi lama perap lagi sedaplah kot. Cuma kalau perap tak sampai 1 jam pun masih boleh terus buat. Nan cheese ni yang sedapnya bila dah masak rotinya naik tebal dan gebu bukan macam roti canai biasa.

Mungkin sebab cara masaknya berbeza. Perlu tutup dengan tudung periuk dan masak dengan api yang kecil. Dah ada resepi yang ditunjukkan ni, lepas ni kalau teragak bolehlah buat sendiri. Tak payah nak ke kedai mamak lagi.

Cuma kalau nak makan berkuah, pandailah makan dengan kuah apa yang mudah anda nak sediakan. Kari ke, atau sambal. Kalau buat untuk anak-anak, mereka mesti suka makan nan cheese gitu je.

 

RESEPI ROTI NAN CHEESE

Mengikut resepi ni, 2 cawan tepung gandum boleh hasilkan 4 keping roti nan cheese. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan. Untuk cheese tu, kita pakai cheese mozarella. Terpulanglah anda nak letak banyak mana ikut citarasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ½ sudu besar yis
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • ¾ cawan air suam
  • 2 sudu besar marjerin
  • Secubit garam
  • Cheese mozarella

Cara buat roti nan cheese lembut gebu:

▶️ Mula-mula satukan yis, gula dan susu pekat dalam air suam. Biarkan sekejap sampai yis naik kembang.

▶️ Dalam satu besen yang sesuai, masukkan tepung gandum, garam dan marjerin. Gaul sebati.

▶️ Kemudian masukkan campuran yis tadi. Gaul rata sampai adunan tak melekat di tangan.

▶️ Rehatkan doh dalam 30-45 minit supaya yis bertindak balas.

▶️ Lepas tu anda akan nampak doh naik kembang. Tumbuk-tumbukkannya untuk buang angin.

▶️ Bentukkan bulat, gelek dan letakkan cheese. Letak sebanyak mana sesuai dan ikut selera anda.

▶️ Kemudian gelekkan doh semula jadi bulat dan rehatkan sekejap lagi.

▶️ Setelah beberapa minit, panaskan pan/kuali.

▶️ Masak atas pan dan tutupkannya. Masak dengan api yang kecil.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Canai Sendiri. Tips Untuk Rangup Dan Lembut Sampai Ke Petang!

 

▶️ Bila dah masak, sapukan sikit marjerin atas roti supaya nampak cantik berkilat.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

Nikmatnya makan roti yang gebu dan penuh dengan cheese ni buat minum petang. Pekena pula dengan kopi atau teh panas.

Tak terlintas kat fikiran kan nak cuba buat roti nan cheese sendiri. Selalu kalau teragak, start kereta terus ke kedai mamak je. Tapi dah musim covid ni duduk rumah sepanjang masa, bolehlah cuba benda baru.

Memang layan dan nikmat makan roti nan cheese lembut gebu petang-petang dalam suasana hujan. Makan pula roti tu panas-panas. Nanti jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.