Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Buah Kukus Sedap Dan Moist. Boleh Tahan Lebih Sebulan, Dan Bartambah Sedap!

0 6,474

Bagi yang suka makan kek manis-manis dan lembut, bolehlah buat kek buah kukus yang sedap dan moist ni. Kalau tengok kek buah macam ni yang sempurna dengan kepadatan isi dan teskturnya yang lembut, memang geram je tengok kan?

Dapat menikmati kek macam ni memang puas hati. Sebab bukan rasa kek yang gebu je, tapi isi dalamnya yang penuh dengan buah campuran buatkan sedap dan nikmat untuk setiap gigitan. Sudahlah rasanya sedap, baunya juga wangi.

Kelebihan kek buah kukus yang dikongsikan oleh Syara Fina ni ialah ketahanannya yang boleh disimpan lama. Tempoh ketahanan kek ni boleh sampai sebulan di dalam peti sejuk, 2 minggu untuk suhu bilik.

Bila nak makan, boleh keluarkan kejap dari peti ais dan kemudian potong untuk dijamah. Teskturnya masih kekal moist dan sedap. Bukan tu je, lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya.

Nak buatnya sebenarnya mudah je. Tak perlu bakar pun. Cuma waktu kukus tu agak lama dari biasa iaitu 4-5 jam sebab nak dapatkan kelembapan yang diinginkan. Lagi pun, bila lama dikukus, lagi tahan lama kelembapan kek.

 

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Kek moist macam ni lagi sedap bila dimasak padat dan mampat macam ni. Untuk resepi ni, gunakan loyang saiz 7×7.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250 gram butter
  • 320 gram gula pasir
  • 60 ml air panas
  • 500 gram mix fruits
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil sunquick (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *350 gram tepung gandum
  • *1 sudu kecil cream of tartar
  • *2 sudu kecil soda bikarbonat
  • *1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg (tak letak pun tak apa, tapi lagi sedap kalau letak)
Cara buat kek buah kukus:

▶️ Mula-mula masak gula pasir hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Kacau sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan butter dan biarkan mencair.

▶️ Masukkan mix fruits dan kacau sebati sampai mix fruits meletup kecil. Biarkan mendidih, lepas tu padamkan api.

▶️ Masukkan sunquick dan kacau sebati. Kemudian biarkan adunan ni sejuk seketika.

▶️ Ayak bahan-bahan yang bertanda *.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk kayu sehingga sebati.

▶️ Dalam mangkuk lain, pukul telur bersama esen vanilla sampai kembang.

▶️ Dan masukkan adunan telur ni ke dalam kek tadi secara perlahan-lahan dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

▶️ Alas loyang saiz 7×7 dengan baking paper.

▶️ Sapukan butter pada keliling loyang, dan masukkan adunan kek.

▶️ Tutup loyang dengan aluminiun foil, dan kukus selama 4-5 jam (lagi lama kukus lagi tahan lama kek dengan rasa moistnya).

▶️ Bila dah masak, biarkan kek betul-betul sejuk dulu baru potong.

 

BACA JUGA: Kek Pisang Milo Sedap Dan Super Moist, Senang Dan Menjadi! Pakai Hand Whisker Je!

 

Boleh makan terus atau simpan dalam peti sejuk selama sebulan. Berbaloi betul kalau buat kek ni. Boleh tahan lama, malah rasanya pun sedap.

Ibu-ibu tak perlu pening nak cari idea pemanis mulut atau makanan santai yang boleh disediakan di rumah. Kek buah ni boleh jadi dessert selepas menjamu selera, atau jadi makan-makan santai di rumah.

Kalau nak buat untuk tetamu pun boleh. Kek buah kukus yang sedap dan moist ni pun boleh jadi idea untuk anda yang nak berniaga. Ikut je resepi ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.