Kek pisang ni tak dinafikan memang sedap dek aroma pisang tu. Bayangkan kali ni kek pisang ada extra perasa pula bila dimasukkan coklat atau milo. Nak mudah, masukkan milo je sebab milo selalunya memang ada di rumah. Rupanya sedap juga kek pisang milo ni.
Lagi-lagi bila teksturnya lembut dan moist. Sekali rasa confirm suka. Kek ni sedap dan wangi, dan yang penting rasanya tak begitu manis dan enak untuk dinikmati. Yelah, kek ni kalau over manis pun kurang sedap juga kan.
Yang pastinya, untuk pastikan kek sedap, bancuhannya perlulah betul. Barulah hasilnya lembut, gebu dan moist, dan kena dengan tekak kita.
Kek pisang ni kenapa jadi favorite sebab penuh dengan rasa pisang yang sememangnya manis dan wangi. Pasti kena dengan selera semua.
Sebab tu kalau buat kek pisang ni, amat bergantung pada jenis pisang dan berapa banyak ianya digunakan. Jom kita cuba kek pisang milo resepi dari Asrinna Bakri ni pula.
KEK PISANG MILO SUPER MOIST
Selalunya orang rasa malas nak buat kek ni sebab leceh nak kena pakai mixer dan putarnya lama-lama. Rupanya kek pisang milo ni pakai hand whisker je pun dah menjadi dan super moist. Dapur pun tak kecah dan mudah je untuk dibuat.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 1 cawan
- Baking powder 1 sudu kecil
- Soda bikarbonat 1 sudu kecil
- Pisang lenyek 1 cawan
- Minyak jagung ½ cawan
- Telur gred A 2 biji
- Esen vanilla 1 sudu kecil
- Milo ½ cawan (kalau nak gantikan dengan serbuk koko pun boleh)
- Brown sugar ¾ cawan
- Coklat cip ½ cawan
Cara buat kek pisang milo:
▶️ Sediakan 1 bekas yang sesuai, kemudian masukkan pisang yang dah siap dilenyek, gula, serbuk milo, minyak jagung, telur, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder.
▶️ Kemudian kacaunya sehingga sebati menggunakan hand whisker.
▶️ Selepas tu masukkan tepung yang dah siap diayak.
▶️ Sebatikannya dengan cara kaup balik sampailah adunan sebati.
▶️ Kemudian masukkan coklat coin. Gaulkannnya sekata.
▶️ Panaskan oven siap-siap.
▶️ Sediakan loyang yang sesuai, yang siap dialis dengan minyak dan lapik dengan baking paper.
▶️ Tuangkan adunan kek dalam loyang.
▶️ Dan bakar pada suhu 160’c selama 35 minit. Suhu ni bergantung juga pada oven masing-masing.
▶️ Dah siap bolehlah keluarkan dan sejukkan dulu.
▶️ Barulah dipotong dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Bosan Dengan Roti Bakar Biasa. Jom Buat Roti Pisang Rangup Yang Sedap Macam Kedai Bakery!
Fuuhh, memang sedap kek pisang campur milo ni sebab rasanya manis-manis manja. Dan yang penting keknya moist dan lembut je masuk ke dalam mulut.
Menariknya kek ni ialah di dalamnya ada dimasukkan sekali coklat cip sebagai penambah rasa dan ada elemen crunchy tiap kali kek digigit. Memang kena dengan citarasa anak-anak.
Cara membuatnya pun mudah dan tak perlukan bahan-bahan yang rumit. Mudah untuk dicari. Dan bancuhannya sekejap je. Bolehlah lepas ni buat kek pisang milo untuk hidangan santai sekeluarga. Selamat mencuba.