Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Percik Kuah Putih Kelantan Sesedap Pasar Malam. Mudah Dan Ringkas Je Bahannya.

0 2,261

Kalau yang tak biasa makan ayam percik dengan kuah putih ni mesti pelik kan tengok kuahnya. Tertanya-tanya sedap ke? Bagi orang yang bukan dari pantai timur memang tak biasa dengan resepi ayam percik kuah putih Kelantan ni.

Sebenarnya rasa kuah putih ni lebih berlemak sebab menggunakan bahan santan. Kalau yang suka style macam ni memang rasa sedap tak terkatalah! Kadang-kadang muak juga kan kalau asyik selalu makan jenis kuah yang sama.

Sekali sekala kalau anda nak cuba versi kuah putih ni, boleh cuba buat ikut resepi yang dikongsikan oleh Nik Azidah. Nak buat ayam percik ni sebenarnya mudah je.

Tak perlukan bahan yang banyak, dan tak perlukan proses menumis. Punyalah nak senang, bahan santan pun boleh gunakan santan kotak je. Rasanya tetap sedap dan sama je.

Dalam masakan kuah santan, walaupun rasa berlemak tapi kuah ni ada aromanya juga disebabkan oleh bahan serai dan juga buah keras. Untuk menambahkan lagi rasa, boleh masukkan halba campuran. Barulah terangkat!

 

RESEPI AYAM PERCIK KUAH PUTIH KELANTAN

Untuk resepi ni sesuai untuk masak 2 ketul kaki ayam keseluruhan (whole leg). Kalau anda nak masaknya lebih, boleh gandakan bahan ayam percik mahupun kuah santan supaya berpadanan dengan kuantiti ayam.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Chicken whole leg 2 keping
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Asam gelugor 1-2 keping
  • Gula 1 sudu teh
  • Garam secukup rasa
Bahan B (kisar):
  • Santan 1 kotak kecil (200 ml)
  • Air kosong 200 ml
  • Halia 1 inci
  • Bawang merah 3 biji
  • Serai 3 batang
  • Buah keras 2 biji
Cara masak ayam percik kuah putih:

▶️ Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat.

▶️ Campurkan sedikit garam, kemudian lumurkan bahan ni pada ayam. Biarkan sekejap.

▶️ Kisar bahan B sehingga halus.

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan bahan kisar dan juga ayam yang dilumurkan halia dan bawang putih tadi.

▶️ Biarkan sehingga ayam menjadi separuh masak.

▶️ Kemudian keluarkan ayam, dan bakarkannya atas pemanggang api sehingga masak. Kalau nak gunakan oven pun boleh.

▶️ Sambil bakar, sambil tu percikkan kuah putih atas ayam. Masak sehingga rangup dan juicy.

 

BACA JUGA: Rahsia Buat Sate Sedap. Cucuk Ayam Besar-Besar, Rasa Sate Lebih Mantap Dan Juicy.

 

▶️ Sambil tu biarkan kuah terus masak sehingga pekat di dalam kuali.

▶️ Sedia hidangkan ayam percik bersama kuah putih.

Dalam masa masak kuah tu, boleh rasa dulu. Yang mana kurang boleh tambahkan perasa. Kalau anda ada halba campuran, masukkan ke dalam kuah dan renehkan sehingga pekat. Barulah rasanya lebih sedap terangkat.

Bila cicahkan kuah ni dengan ayam percik yang juicy, memang nikmat rasanya. Sedap buat makan petang atau malam.

Dah banyak dah orang cuba buat resepi ayam percik kuah putih Kelantan ni. Yang pasti, bila dah buat sekali, mesti ulangnya lagi. Rugi kalau anda tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.