Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-JoA2sU.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-JoA2sU.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Gulai Ikan Masin Talang, Masak Tumis Darat. Masakan Kampung Paling Padu.

0 1,141

Kalau duduk di mana-mana pelusuk pun, makanan kampung ni mesti jadi kegemaran juga kan. Tak sah kalau tak makan paling tidak pun seminggu sekali. Kalau anda ada stok ikan masin talang, apa kata jom buat resepi gulai ikan masin talang masak tumis darat.

Masakan gulai ikan masin ni biasanya terkenal di pantai timur. Ikut resepi gulai ni yang dikongsikan oleh Wan Luqman pasti tambah membangkitkan selera. Kuah dimasak pekat dengan aroma bahan tumis darat yang menaikkan lagi rasanya.

Bagi yang tak pernah dengar, tumis darat ni bermaksud kita tumiskan bahan seperti bawang dan rempah secara berasingan, dan kemudian baru masukkan dalam kuah.

Dan selepas tu kita tutupkan periuk dan biarkan bahan tumisan darat tadi sebati dan meresap ke dalam kuah. Memang sedap cara masakan ni.

Dah tentu rupa dan rasanya berlainan sikit berbanding cara masak tumis biasa dari segi warna dan kepekatan. Tapi sedapnya tiada tandingan. Sesuai makan dengan nasi, roti canai dan sebagainya.

 

RESEPI GULAI IKAN MASIN TALANG TUMIS DARAT

Masakan gulai ni bertambah sedap kalau kuahnya ada rasa masam-masam sikit. Kalau ada belimbing buluh, lagi sedap kalau anda masukkannya. Tapi kalau tak ada, boleh juga gantikan dengan asam keping.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Ikan masin talang (resepi ni campurkan sikit ikan masin sting untuk penambahan ikan)
  • Rempah kari ikan 4 sudu
  • Santan 3 cawan
  • Nenas (dipotong)
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Terung bulat
  • Belimbing buluh (atau asam keping)
Bahan B:
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun kari
  • Halba campur

Cara masak gulai ikan masin talang tumis darat:

▶️ Mula-mula goreng ikan masin dulu.

▶️ Tapi kalau tak nak goreng pun boleh. Masukkan je terus sekali dengan bahan lain dalam periuk.

▶️ Dalam kuali lain, tumis bahan B sehingga layu dan garing.

▶️ Dalam periuk gulai, masukkan kesemua bahan A. Dan masak dengan api yang besar.

▶️ Kacau bahan A sehingga sebati, dan kemudian masukkan bahan tumis B tadi.

▶️ Kacau lagi.

▶️ Masukkan belimbing buluh jika ada. Kalau tak ada, gantikan dengan asam keping. Ada belimbing buluh lagi sedap sebenarnya.

▶️ Masukkan cili padi kalau nak makan pedas sikit nanti.

▶️ Tutup periuk dan biarkan kuah mereneh.

▶️ Sekali sekala boleh kacaukan kuah.

▶️ Kalau nak buat penambahan, siapa ada serbuk kas kas ni boleh masukkan.

▶️ Dah siap gulai ikan masin talang tumis darat.

 

BACA JUGA: Sambal Ikan Masin Sedap Melikat. Simple Je Tapi Sedap Ya Amat. Wajib Cuba!

 

Hidangkan dengan nasi putih panas dan telur dadar cukup menyelerakan. Rupa kuah ni seakan kuah dhal dari segi warna dan kepekatannya.

Bila makan kuahnya banjir dengan nasi, lagi sedap untuk dinikmati. Bukan selalu dapat buat masakan kampung yang tumis cara macam ni kan.

Resepi gulai ikan masing talang tumis darat antara gulai kampung yang mesti anda cuba. Hidangkan untuk orang tua, pasti mereka menyukainya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.