pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Carrot Guna Sukatan Cawan. Sedap Sangat Dengan Topping Krim Cheese!

0 2,467

Bagi penggemar kek, kalau anda tak pernah makan kek carrot, apa kata cuba buat kek carrot yang sedap, manis dan gebu ni. Mudah je buatnya dengan gunakan sukatan cawan. Penyediaan bahan mudah, dan nak bancuhnya pun tak susah.

Macam buat kek-kek lain juga. Cuma dalam kek carrot ni akan masukkan parutan carrot dan beberapa bahan tambahan lain untuk rasa manis buah. Bahan lain yang boleh dicampurkan termasuklah raisin dan kekacang untuk bagi sikit elemen rangup.

Memang sedap dimakan buat pemanis mulut pada majlis-majlis atau jamuan tertentu. Nak menarik lagi, buat kek ni dengan topping krim cheese. Cantik rupa keknya yang pasti mengujakan tetamu.

Menurut resepi kek carrot yang dikongsikan oleh Salina Zabri ni, tekstur kek ni bukan je gebu, tapi ada rasa moist-moist sikit yang buatkan lebih berasa di tekak.

Mungkin sebab itu juga lah kek ni bertambah sedap bila ada parutan carrot dan kekacang di dalamnya. Memang padan sangat kombinasi rasa kek gebu dan moist dengan rasanya yang sikit ‘crunchy’.

 

RESEPI KEK CARROT

Kek carrot ni kebiasaannya memang akan dibuat dengan topping. Kalau makan macam tu je sebenarnya boleh je. Cuma takut muak pula kan. Selalunya krim cheese inilah yang memang dibuat sebagai topping kek carrot sebab sepadan sangat rasa dia.

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung kek 1 cawan
  • Gula pasir 1 cawan
  • Gula perang 1 cawan
  • Garam halus ½ sudu kecil
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Soda bikarbonat ½ sudu kecil
  • Serbuk buah pala ½ sudu kecil
  • Serbuk kayu manis 1 sudu kecil
  • Telur gred A 5 biji
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Carrot 2 batang (diparut)
  • Raisin atau kismis ½ cawan
  • Campuran kacang walnut & pecan 1 cawan (panggang dan cincang halus)
  • Minyak sayur 1 ½ sudu
  • Cream cheese 250 gram
  • Gula pasir 1 cawan
  • Susu segar ½ cawan
  • Mentega 1 cawan

Cara buat kek carrot:

▶️ Semasa buat kek, panaskan oven siap-siap dalam 180’c selama 10 minit. Nanti terus bakar je.

▶️ Mula-mula satukan telur, minyak sayur, gula pasir, gula perang dan esen vanilla dalam 1 mangkuk.

▶️ Dengan gunakan mixer, putarkan bahan dengan kelajuan sederhana sampai adunan sebati.

▶️ Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung gandum, tepung kek, bersama dengan garam halus, soda, serbuk buah pala, serbuk kayu manis dan baking powder.

▶️ Bila adunan dalam mixer tadi dah sebati, masukkan campuran tepung ni ke dalamnya sikit demi sedikit.

▶️ Sambil tu putarkan mixer dengan kelajuan yang sama. Dah sekata sikit tu, bolehlah tukarkan kepada kelajuan yang laju untuk pastikan betul-betul sebati.

▶️ Kemudian tuang kesemua parutan carrot, kekacang dah juga raisin. Gaul sebati.

▶️ Sediakan loyang segi empat yang dah siap dioleskan dengan mentega dan juga alas dengan kertas minyak.

▶️ Tuang adunan ke dalamnya.

▶️ Lepas tu bakar pada suhu 160’c selama 15 minit.

▶️ Nak tengok sama ada kek dah masak, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada adunan kek ada melekat pada lidi tak. Kalau tak ada, maksudnya dah masak.

▶️ Dalam mangkuk lain yang berasingan, masukkan krim cheese, gula pasir, mentega dan susu segar.

▶️ Gaul menggunakan mixer sehingga keju benar-benar lembut dan tak ada butiran gula halus.

▶️ Selepas kek dah masak sepenuhnya, sejukkan sekejap.

▶️ Lepas tu masukkan krim cheese dalam pipping bag.

▶️ Dan paipkannya atas permukaan kek ikut corak yang anda sukai.

 

BACA JUGA: Kek Pisang Milo Sedap Dan Super Moist, Senang Dan Menjadi! Pakai Hand Whisker Je!

 

▶️ Dah siap.

▶️ Sedia untuk dipotong dan dijamah.

Nyummy.. Memang sedap dan teliur tengok kek yang gebu, lembut dan cantik toppingnya ni. Kebanyakannya untuk topping krim cheese ni, ramai yang buat dengan sapukan atas permukaan kek.

Tapi kali ni buat corak bunga dengan gunakan nozel semperit pula. Mungkin untuk kelainan. Yang penting rasa kek carrot tu.

Kalau nak tau macam mana rasanya, nanti bolehlah buat kek carrot dengan gunakan sukatan cawan ni. Mudah untuk anda buat dan pasti menjadi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.