Kalau dapat buat kek yang sedap dan cantik bentuknya, mesti rasa kagum. Sebenarnya kek ni bahannya mudah je. Cuma kena gunakan kreativiti untuk buat lapisannya yang cantik bertingkat. Kali ni saya nak kongsikan cara buat kek lapis strawberi sedap dan cantik macam kedai bakery.
Biasanya kalau nak buat kek ada lapisan ni mesti ada sekurang-kurangnya 2 jenis rasa. Kadang-kadang ada yang lebih dari 2, dan macam-macam perisa. Tapi kek lapis strawberi yang dikongsikan oleh Cek Yah ni hanya buat 2 jenis rasa yang mudah je untuk disediakan.
Satu lapis ialah kek span dan satu lagi ialah krim dilapis dengan strawberi. Tak perlu nak berlebihan perisa pun. Kombinasi rasa kek span biasa, buah strawberi dengan krim sebenarnya memang sepadan dan sangat sedap.
Dalam pembuatan kek ni biasanya kek span ni dijadikan kek asas untuk buat apa sahaja jenis kek yang cantik atau kek hiasan, termasuklah kek lapis ni. Bila makan keknya terasa lembut dan enak je dengan rasa strawberi asli.
Mudah je bahan-bahannya. Yang penting kena sediakan buah strawberi secukupnya untuk disusun pada setiap lapisan krim.
RESEPI KEK LAPIS STRAWBERI
Disebabkan ada lapisan kek span dan krim, jadi buat dulu bahagian krimnya. Sebab nanti mudah untuk buat lapisan kek selepas je kek span dah siap dibuat.
Bahan-bahan:
Bahan lapisan kek span:
- Telur 6 biji
- Susu cair 110 gram
- Butter 90 gram dicairkan
- Tepung kek 165 gram
- Serbuk penaik 1 sudu kecil
- Esen vanilla 1 sudu kecil
- Telur putih 6 biji
- Gula kastor 140 gram
Bahan lapisan krim:
- Heavy cream/whipping cream 400 ml
- Gula aising 20 gram
- Esen vanilla 1 sudu kecil
- White coklat 80 gram
- Susu pekat manis 20 gram
- Fresh cream 60 gram
- Strawberi secukupnya
Cara buat kek lapis strawberi:
▶️ Mula-mula cairkan white coklat dan juga fresh cream.
▶️ Cairkan guna kaedah double boil.
▶️ Dah cair kesemuanya, masukkan ke dalam mangkuk.
▶️ Lepas tu masukkan gula aising, esen vanilla dan juga susu pekat manis ke dalamnya. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
▶️ Dalam bekas mixer, masukkan heavy cream/whipping cream bersama dengan white coklat tadi.
▶️ Kemudian putar sehingga kental.
▶️ Dah kental macam ni, masukkan dalam pipping bag dan simpan dalam freezer dulu.
▶️ Lepas tu boleh buat bahagian kek span moist pula.
▶️ Dalam 1 mangkuk, satukan kuning telur dan juga susu. Kacau sekata.
▶️ Kemudian masukkan butter yang dah dicairkan dan esen vanilla. Gaul sebati.
▶️ Masukkan tepung kek dan baking powder dan kacau sebati lagi. Kali ni adunan akan nampak pekat sikit.
▶️ Dalam bekas lain, masukkan 6 biji putih telur dan gula kastor. Putarkan dengan mixer sampai jadi kental atau merengue.
▶️ Kemudian masukkan adunan merengue ni ke dalam adunan kek tadi. Dan kacau secara berhemah dengan cara kaup balik. Atau boleh juga gunakan whisk perlahan-lahan.
▶️ Dah siap kacau sebati, masukkan adunan ke dalam loyang saiz 12×12 inci yang dah dilapikkan dengan baking paper.
▶️ Dan bakar pada suhu 150’c selama ½ jam atau ikut oven masing-masing.
▶️ Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu sebelum buat step seterusnya.
▶️ Terbalikkan kek, dan potong kepada 4 bahagian.
▶️ Ambil 1 bahagian dulu, kemudian letakkan whipping cream yang dah dibuat awal-awal tadi.
▶️ Ratakan krim pakai spatula.
▶️ Lepas tu susun strawberi yang dah dikerat 2 cantik-cantik di atasnya.
▶️ Letakkan whipping cream lagi dan ratakan.
▶️ Dan letakkan kek span untuk tingkat kek yang kedua.
▶️ Sapukan lagi whipping cream dan ratakan dan susun lagi strawberi.
▶️ Lakukan sampai dapat kesemuanya ada 3 tingkat kek dan 3 tingkat krim.
▶️ Atas sekali perlulah lapisan krim. Ratakannya cantik-cantik.
▶️ Lepas tu simpan dalam peti ais dalam 3-4 jam.
▶️ Lepas dah keluarkan dari peti sejuk, trim setiap sisi untuk hasil yang lebih cantik dan kemas.
▶️ Akhir sekali susunkan strawberi di atas kek atau ikut kreativiti sendiri.
▶️ Dah siap.
▶️ Sedia dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Kek Coklat Cheese Gebu Dan Lembut Guna Sukatan Cawan. Senang Je!
Nyummy.. Memang nampak menyelerakan. Tak sangka bahan yang simple tapi dapat hasilkan kek yang cantik macam ni.
Kalau anda biasa nampak hidangan dessert kat restoran atau hotel, ada juga yang hidangkan kek lapis seperti ni sebagai pencuci mulut.
Mudah je kan sebenarnya cara buat kek lapis strawberi yang sedap dan menarik ni. Cuma kena fokus sikit untuk buat bahagian lapisan agar dapat hasil yang kemas dan cantik. Bolehlah lepas ni mencubanya.