Fuhh, kalau tengok limpahan cili yang menyeliputi ayam tu, dah boleh agak dah level sedap dan padunya resepi tumis ayam serai yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ni. Bagi anda yang suka makan pedas mesti terliur melihatnya. Resepi ni memang sesuai untuk anda!
Kadang-kadang muak jugakan makan sambal yang dimasak dengan cili kering yang biasa kita buat tu. Cili padi ni kalau dibuat sambal tumis ada beza rasanya berbanding cili kering kisar. Tahap kepedasan juga semua bergantung pada berapa banyak cili yang digunakan.
Yang buatkan bertambah sedap resepi ni sebab ada dimasukkan sekali serai untuk menambahkan lagi aroma dan rasa.
Lepas tu tumis sampai kering dan garing. Memang sedap bila gaulkan dengan nasi. Rasa sambal tumis ni dikatan lebih enak kalau dimasukkan sekali 2-3 helai daun limau purut untuk lebih wangi.
Kalau anda risau sekiranya sambal terlebih pedas, boleh masukkan sikit gula untuk seimbangkan rasa. Tapi sikit je. Sebab sambal tumis cili padi ni lagi sedap kalau tak ada rasa manis.
RESEPI TUMIS AYAM SERAI
Sebelum mula buat masakan tumis, goreng ayam dulu. Ayam ni lagi sedap kalau goreng separuh masak je. Jangan terlampau garing sebab nanti ayam keras dan jadi tak sedap. Bila ayam separuh masak disebatikan dalam sambal tumis, rasa sambal akan lebih meresap.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Cili padi (kuantiti ikut tahap kepedasan anda mahu)
- Bawang merah 2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Serai 2 batang diketuk
- Daun limau purut 2 helai
- Sos tiram 2 sudu
- Ayam ½ ekor
- Garam secukupnya
- Gula sikit je
- Air sedikit (tak nak letak pun tak apa)
Cara masak ayam tumis serai:
▶️ Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga halus.
▶️ Boleh pakai chopper atau blender. Nak tumbuk pun boleh juga.
▶️ Kalau kisar pakai chopper tak perlu masukkan air. Kalau pakai blender baru masukkan air sikit.
▶️ Goreng ayam separuh masak.
▶️ Kemudian angkat dan toskan. Gorengan ayam macam ni paling cantik.
▶️ Gunakan minyak yang sama, tapi boleh buangkan minyak lebih.
▶️ Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
▶️ Tumis sampai terbit minyak.
▶️ Kemudian masukkan serai yang dah diketuk.
▶️ Kacau sebati, kemudian masukkan daun limau purut.
▶️ Dah wangi sikit bahan tumis, baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
▶️ Masukkan sos tiram.
▶️ Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap.
▶️ Perasakan dengan garam dan sikit gula secukup rasa.
▶️ Tumis lagi sampai sambal kering dan betul-betul masak.
▶️ Kalau nak rasa ada kuah-kuah sikit, letaklah sikit air. Tapi tak letak pun tak apa.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Ketumbar. Simple Dan Senang Sangat Menu Ni. Tapi Sedap Ya Amat!
Hidangkan dengan nasi panas dan beberapa ulaman seperti timun, salad dan sebagainya. Barulah hidangan tu rasa puas dan lengkap.
Memang sedap dan power rasa pedasnya. Sebab cili padi kita masak sampai betul-betul garing. Bertambah naiklah rasa dan aroma nanti.
Nak masaknya pun simple je. Bahan semua mudah, cuma kena bersabar sikitlah tunggu cili padinya betul-betul masak. Barulah menangkap rasanya. Jangan lupa cuba resepi tumis ayam serai ni.