pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kek Oren Gebu, Lembut Dan Wangi. Semerbak Baunya Lepas Dibakar. Rugi Tak Cuba.

0 2,046

Ada tak yang pernah makan kek oren yang gebu, lembut dan semerbak baunya ni? Masa raya di kampung selalu buat untuk pencuci mulut kan. Kalau tak buat kek butter, mesti buat kek oren inilah. Kek yang wangi macam ni memang sedap makan waktu santai-santai. Tak sedar makan berpotong-potong.

Ada sesetengah orang memang suka kek simple yang tak ada bermacam perasa, topping, cream dan sebagainya. Makan yang kosong macam ni lagi sedap kadang-kadang tu. Janji keknya lembut dan gebu. Dah cukup buat kita makan tanpa henti.

Kalau nak buat kek yang betul-betul gebu ni kena betul caranya. Semua tahu step asas untuk buat kek ialah pukul telur dalam mixer sehingga adunan kembang. Tapi nak pastikan kek lembut dan gebu, perlulah pukul sehingga adunan betul-betul kembang dan putih gebu.

Nak buat kek oren ni ada yang bubuh oren sunquick. Ada juga bubuh perisa oren. Tapi nak rasa betul-betul oren fresh dan asli boleh perah jus oren terus dan parutkan sekali kulitnya ke dalam adunan.

Mudah je nak buat kek oren sedap dan gebu ni. Hanya perlukan 5 bahan je. Jom lihat perkongsian resepi ringkas dari Nana Ereena ni.

 

RESEPI KEK OREN SEDAP WANGI

Bila guna oren fresh ni tak perlu masukkan banyak-banyak sangat pun tak apa. Bau oren ni kuat dan cepat naik. Dalam resepi ni gunakan 5 sudu besar jus perahan oren, dah cukup sedap dan beraroma.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 170 gram butter
  • 115 gram gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 160 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Kulit oren sebiji (diparut)
  • 5 sudu besar jus oren yang diperah
Cara buat kek oren gebu, lembut dan wangi:

▶️ Mula-mula ayakkan dulu tepung gandum dan baking powder. Kemudian ketepikan.

▶️ Dalam mangkuk mixer, satukan gula halus dan butter.

▶️ Kemudian putar sehingga kembang.

▶️ Masukkan telur satu persatu sambil putarkan mixer.

▶️ Pukul lagi sampai adunan jadi kembang dan putih gebu.

▶️ Lepas tu masukkan tepung gandum yang diayak tadi sikit demi sedikit.

▶️ Kacau dengan cara kaup balik menggunakan senduk. Jangan putar mixer pula.

▶️ Masukkan jus oren dan kulit parutan oren. Masukkanlah sikit pewarna kuning untuk naikkan lagi seri warnanya.

▶️ Kacau rata dan kaup balik je adunan.

▶️ Panaskan oven siap-siap.

▶️ Sediakan loyang saiz 8×8 inci yang dah siap dilapik baking paper.

▶️ Akhir sekali tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180’c selama 45 minit. Bergantung juga pada oven masing-masing. Gunakan api atas bawah.

▶️ Dah masak, boleh keluarkan dari oven dan sejukkan sekejap.

▶️ Keluarkan dari loyang dan sedia untuk dipotong.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Butter Orang Lama, Lebih Gebu Dan Moist. Mudah, Hanya 5 Bahan Je!

 

Mmm, sedap baunya lepas dibakar. Kek span yang gebu dan lembut ni makan macam tu je sekejapan je licin. Nak pastikan dapat hasil kek macam ni perlulah pukul adunan betul-betul kembang.

Dan pastikan anda kacau kaup balik je selepas masukkan tepung. Ini tips penting untuk hasil kek lembut dan gebu ni.

Sama juga kalau buat kek butter. Sama je bahan dan stepnya. Cuma yang ini versi kek oren gebu, lembut dan wangi. Bosan-bosan duduk rumah tu bolehlah buat nanti. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.