pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Daging Masak Kicap Black Pepper Marvellous. Hidangkan Dengan Nasi Panas Serius Terangkat!

0 972

Bagi penggemar masakan daging, ini salah satu menu sedap anda boleh buat. Confirm nanti makan nasi bertambah-tambah punyalah. Memang layan siap meratah-ratah. Resepi ni dinamakan daging masak kicap black pepper yang dikongsikan oleh Azlina Ina.

Gunakan daging batang pinang yang segar dan lembut. Serius padu buat masak kicap black pepper ni, lagi-lagi kita perapnya dulu. Perap 30 minit pun dah menjadi. Kiranya kalau anda nak cepat masak tiada masalah. Tapi kalau perap lagi lama lagi padu rasanya.

Mudah je bahan yang diperlukan. Tumiskan bawang, cili dan halia. Kalau nak sedap anda boleh masukkan sayuran apa anda suka seperti tomato untuk menambahkan lagi rasa.

Kalau buat daging masak kicap atau masak bergoreng macam ni, lagi sedap kalau daging dipotong kecil-kecil dan nipis. Bila masak mudah lembut dan lagi sedap dimakan.

Kalau nak buat style kuah cair atau pekat terpulang pada anda. Yang penting ada kuahnya, baru sedap digaulkan dengan nasi. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI DAGING MASAK KICAP BLACKPEPPER

Daging ni lepas potong boleh cuci dulu dengan air limau dan tepung sebelum gaulkan dengan bahan perapan. Sambil-sambil perap, sediakan bahan-bahan tumisnya.

Bahan-bahannya:
  • Daging batang pinang (potong halus dan nipis)
  • Air limau dan tepung (untuk cuci daging)
Bahan perap:
  • 2 sudu besar black pepper (tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos lada hitam jenama Enaq (nak guna jenama lain pun boleh)

(Gaulkan dan dan perap sekurang-kurangnya 30 minit)

Bahan tumis:
  • 2 biji bawang besar (kalau bawang holland lagi sedap dan manis. Kalau tak ada stok guna bawang biasa pun tak apa)
  • 10 tangkai cili siam (hiris serong)
  • 2 ulas bawang putih (hiris atau ketuk)
  • ½ inci halia (racik halus)

  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • Tomato 1 biji (belah 6)
  • Apa-apa sayuran yang sesuai anda ingin masukkan

Cara masak daging masak kicap black pepper:

▶️ Mula-mula potong bawang besar dan cili siam. Asingkan separuh-separuh.

▶️ Panaskan 1 senduk minyak dalam kuali.

▶️ Tumis bawang putih, halia, separuh bawang besar yang telah dipotong dan juga separuh cili siam juga. Baki lagi separuh akan dimasukkan hujung-hujung nanti.

▶️ Selepas semua bahan dah layu, masukkan daging yang telah diperap.

▶️ Biarkan sampai air daging keluar, dan tambahkan sikit air lagi untuk bagi daging empuk.

▶️ Selepas tu baru masukkan baki bawang besar dan cili siam tadi.

▶️ Masukkan 2 sudu besar kicap pekat manis dan gaul sebati.

▶️ Masukkan sayuran dan tomato.

▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶️ Akhir sekali masukkan air asam jawa dan biarkan kuah mendidih sekejap.

▶️ Dah boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Jom Buat Daging Perap Perisa Kopi Macam Seoul Garden. Guna Daging Pejal Memang Padu.

 

Kalau selalu makan masakan daging ni kadang-kadang muak juga asyik buat gulai, masak lemak,atau sup je kan. Sekali-sekali layan masakan daging kicap black pepper macam ni layan juga.

Hidangkan dengan nasi panas. Lagi bertambah terangkat. Tengok kuah kicap hitam tu pun dah nampak sedap dan menyelerakan.

Bila ada daging lebih dalam peti sejuk tu bolehlah buat daging masak kicap black pepper ni nanti. Simpan dulu resepi ni supaya mudah untuk anda rujuknya semula. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.