Cheesecake ni kalau makan rasanya bukan macam kek biasa. Lembut dan cair di mulut ala kek aiskrim. Sebab tu amat disukai bagi yang pencinta dessert manis dan lembut. Makan 1 slice pun belum tentu cukup. Cara buat mango cheesecake ni kebanyakannya tanpa bakar.
Cuma cara buat adunan bahan tu ada yang kisar dengan blender dan ada juga putarkan dalam mixer. Apa-apa cara pun, janji kena dengan citarasa sendiri. Setiap air tangan berbeza. Dan rasanya pun ikut selera masing-masing.
Resepi cheesecake kali ni dari Puan Suhasnida Ismail yang buat menggunakan mixer pula. Sebelum ni beliau buat dengan blender. Rasanya tiada beza sangat pun, cuma kalau guna mixer ni lebih mudah dan advance sikit.
Ikutlah yang mana mudah bagi anda. Dah alang-alang ada buah mangga harum manis, buat adunan jadi cheesecake mango ni lagilah bertambah sedap.
Mangga harum manis ni lebih halus selepas kisar. Tiada sirat mangga yang kasar. Jadi, tak perlu lagi ditapis seperti mangga biasa.
RESEPI MANGO CHEESECAKE TANPA BAKAR
Kebanyakan cheesecake ni ada 3 lapisan iaitu biskut di bawah, mango cheese di tengah dan topping puri mangga di atas. Kombinasi yang sedap bila dijamah!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A (kisar halus dan cairkan):
- 160 gram biskut marie (kisar)
- 90 gram butter (dicairkan)
Bahan B (kisar halus):
- 2 biji mangga (dikisar jadikan puri)
- + 1 sudu besar air jus lemon
Bahan C (putar dengan mixer):
- 500 gram cream cheese
- 200 gram whipping cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 110 gram gula castor (nak manis letak 130 gram)
- 100 gram puri mangga
- 2 ½ sudu besar perahan jus lemon
- 1 sudu besar susu pekat manis
- (2 sudu besar gelatin + 80 ml air panas) – dikacau sebati
Bahan D (topping):
- 20 gram gula (optional)
- 1 sudu besar gelatin + 50 ml air panas
- 200 gram puri manga
(tak tambah gula pun tak apa sebab guna mangga harum manis yang dah manis)
Cara buat mango cheese:
▶️ Sebaiknya gunakan loyang yang boleh dibuka dari bawah. Resepi ni gunakan loyang saiz 8.
▶️ Mula-mula panaskan kuali dan cairkan butter.
▶️ Kisar halus biskut.
▶️ Satukan biskut hancur ni dengan butter tadi.
▶️ Padatkan dalam loyang jadikan base. Kemudian masukkan dalam peti ais sekejap.
▶️ Kupas mangga harum manis dan potong kecil-kecil.
▶️ Kemudian kisar sehingga jadi puri mangga.
▶️ Untuk buat adunan cheese, masukkan cream cheese dalam bowl mixer. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik.
▶️ Kemudian masukkan gula dan esen vanilla.
▶️ Masukkan whipping cream, susu pekat, jus lemon.
▶️ Putarkan dengan hand mixer pun boleh.
▶️ Masukkan juga puri mangga yang telah dikisar tadi.
▶️ Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas. Kacau sebati.
▶️ Pukul lagi sikit. Ini hasil adunan cheese.
▶️ Tuangkan adunan ni ke dalam loyang tadi, dan sejukkan semalaman atau 4 jam paling kurang.
▶️ Akhir sekali buat topping pula.
▶️ Campurkan puri mangga dan bancuhan gelatin.
▶️ Lepas tu tuangkan atas kek yang dah disejukkan tadi.
▶️ Kemudian masukkan semula dalam peti ais. Sebelum tu tutupkan dulu loyang kek dengan plastik wrap.
▶️ Masa nak keluarkan kek, sediakan siap-siap kain bersih yang dicelupkan dalam air panas.
▶️ Lepas tu tekap sekeliling loyang kek supaya nanti senang nak buka dan lebih smooth.
BACA JUGA: Pernah Makan Peach Strudel? Patutlah Viral. Sedap Dengan Lapisan Rangup Dan Cream Cheese.
Mango cheesecake ni antara kek yang sedap dan cair di mulut. Cheesecake dibuat selalunya lebih kepada dessert yang dihidangkan waktu santai atau di majlis tertentu.
Jarang buat sebagai kek harijadi sebab teksturnya yang lembut dan creamy. Sebab tu selalu nampak dihidangkan dekat cafe-cafe. Selalu juga dijual dalam bentuk slice.
Kalau anda craving dessert yang sebegini bolehlah buat mango cheesecake tanpa bakar ni. Suma kena perlu bersabar untuk proses sejukkannya untuk dapatkan tekstur yang lebih cantik. Jangan lupa mencubanya.