Segalanya Tentang Makan..

Resepi Lontong Goreng Paling Simple Dan Sedap. Jom Buat Menu Sarapan.

0 9,031

Selalunya sarapan kalau tak makan nasi lemak, makan nasi goreng, bihun goreng atau pun roti canai. Jom buat lontong goreng simple dan sedap ni pula. Sesekali nak tukar selera. Nasi impit sekarang ni pun banyak yang segera. Hanya goreng je terus dengan bahan-bahan lain.

Tapi kalau nak lagi sedap, buat nasi impit sendiri atau nasi lontong daun pisang. Rasa dia sedap berganda. Buat sarapan untuk suami dan anak-anak silap-silap dimintanya hari-hari. Bahan-bahannya sangat simple tapi cukup rasa masin, manis dan pedas.

Untuk resepi lontong goreng yang dikongsikan oleh Shida Ambok ni dimasak dengan cili kering. Ada sesetengah resepi masak dengan cili api. Ikut citarasa anda sebenarnya.

Biasa kalau masak cili kering ni macam berseladak sikit. Tapi kalau nak buat betul-betul kering pun boleh juga. Tumis cilinya lama sikit.

Apa-apa cara masak sekali pun janji sedap mengikut citarasa anda dan boleh berasa pedasnya. Kalau kurang pedas takut cepat muak pula.

 

RESEPI LONTONG GORENG SIMPLE SEDAP

Tak perlu bahan tambahan lain pun dah cukup sedap. Cukup masukkan bahan yang paling simple seperti ayam dan telur. Selalu kalau buat nasi goreng atau mee goreng pun itulah bahan penambahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Ikan bilis
  • Lada kering kisar
  • Kicap manis

  • 2 biji telur
  • Isi ayam di potong kecil
  • Sayur
  • 2 batang nasi lontong daun pisang / nasi impit

Cara masak lontong goreng simple sedap:

▶️ Kisar bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili kering.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi.

▶️ Tumis sampai hampir kering.

▶️ Kemudian masukkan ayam, kicap dan telur. Kacau sebati.

▶️ Masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi.

▶️ Lepas tu masukkan nasi lontong dan sayur.

▶️ Kacau lontong dan bahan-bahan lain secara perlahan-lahan. Boleh balik-balikkan supaya masak sekata.

▶️ Bila semua dah sebati dan berasap, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sayur Lodeh Atau Lontong Sedap Untuk Menu Hari Raya. Resepi Paling Simple.

 

Makan panas-panas lagi bertambah sedap. Nasi impit ni kalau campurkan dengan benda berkuah memang cepat meresap dan lembik. Kalau anda suka makan macam ni bolehlah buat versi berkuah seladak.

Tapi kalau anda suka kering-kering, masaklah lama sikit dalam kuali rencahnya sebelum masukkan nasi impit. Buat versi pedas mesti bertambah padu. Selain cili kering, kalau anda nak buat versi cili api pun sedap juga gunakan resepi yang sama.

Nanti masa hari raya bolehlah hidangkan lontong goreng yang simple dan sedap ni juga. Pelbagaikan menu hari raya pasti lagi bertambah meriah. Yang penting nak buat pedas atau versi kering semua tu bergantung pada selera anda. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.