Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari India Sedap Dan Kaw. Ini Resepi Jarang Orang Tau. Sekali Cuba Confirm Repeat!

0 2,315

Kari india ni dah sinonim dengan kuahnya yang pekat, kuat aroma kari, rempah dan tak bersantan. Sebenarnya kalau pergi ke merata tempat anda akan tahu kari india ni ada bermacam jenis. Apa yang menarik perhatian ialah salah satu resepi kari india sedap dan kaw dari negara India sendiri.

Lebih dikenali sebagai kari ikan timur laut india, resepi ni dikongsikan oleh Syu Asiz yang menetap di sana. Kadang-kadang tekak orang Melayu ni susah nak masuk makanan tradisi negara lain. Tapi kalau sekali rasa dah buat jatuh cinta, mesti ada keistimewaan dalam masakan ni.

Kalau anda teringin nak ubah citarasa, boleh cuba masak kari ni. Bahan-bahannya tidaklah sukar mana. Masak macam kari india lain, cuma ada penambahan beberapa bahan yang tak pernah dimasukkan dalam kari sebelum ni.

Kari timur laut india ni pekat dan gunakan juga sedikit santan. Banyak bahan rempah yang digunakan dan ditumis sampai betul-betul garing.

Cukup rasanya dengan lemak, wangi, masin, masam dan pedas. Kalau kari macam ni sedap makan dengan nasi berperisa atau nasi putih biasa. Malah enak cicah dengan roti canai atau roti kosong.

 

RESEPI KARI INDIA SEDAP KAW (KARI IKAN TIMUR LAUT INDIA)

Nak masak kari sedap biasanya kita masak dengan ikan merah, jenahak atau pun bawal. Dalam resepi ni kalau nak lagi sedap ikan perlu digoreng dulu 3 suku masak sebelum masukkan dalam kuah kari.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan (tak kisah ikan apa. Di India guna ikan Rohu. Di Malaysia boleh gantikan dengan ikan merah, jenahak atau bawal)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato
  • 3 biji cili kering
  • ½ sudu halba
  • 1 helai daun salam
  • Daun ketumbar
  • 2 sudu biji kuaci (sebagai bahan penyedap)
  • Garam / serbuk perasa
  • Kayu manis, bunga lawang, jintan putih
Jintan putih
Jintan putih
  • 1 sudu serbuk cili merah (ikutlah nak pedas mana)
  • 1-2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu serbuk garam masala / serbuk kari ikan
  • Santan 1 cawan
Cara masak kari ikan timur laut india:

▶️ Mula-mula gaulkan ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.

▶️ Goreng dalam minyak panas sehingga 3 suku masak. Angkat dan toskan.

▶️ Kisar bawang besar, bawang putih, ½ sudu jintan putih dan halia. Ketepikan.

▶️ Rendam biji kuaci dan biji sawi.

▶️ Lepas rendam, kisarkan kedua-duanya dengan sebiji cili kering. Ketepikan juga.

▶️ Dan kisarkan juga tomato. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak sesenduk dua dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan cili kering seketul-seketul tu. Biarkan garing kehitaman. Masa tumis tenyeh-tenyehkan sikit.

▶️ Lepas tu masukkan bunga lawang, kayu manis, halba dan jintan putih 1 sudu. Tumis sehingga garing.

▶️ Masukkan sedikit bawang besar yang diracik halus dan juga bahan kisar bawang dan halia tadi. Tumis lagi sampai garing.

▶️ Masukkan pula tomato kisar.

▶️ Akhir sekali biji kuaci dan biji sawi kisar. Kacau kesemua bahan ni sehingga pecah minyak.

▶️ Lepas tu masukkan daun salam.

▶️ Masukkan 2 cubit garam, serbuk kari, garam masala, kunyit dan serbuk cili.

▶️ Inilah hasil pes yang ditumis tadi.

▶️ Kemudian masukkan ikan dan air. Kacau sebati.

▶️ Masukkan santan pekat, garam sikit dan serbuk perasa kalau ada.

▶️ Kacau dan biarkan kuah mereneh dalam 15 minit dan meresap kuah ke dalam celah ikan.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Ikan Sedap, Rasa Lebih Terangkat Dari Kari Biasa. Bau Kari Sampai Lekat Kat Tangan.

 

▶️ Akhir sekali taburkan daun ketumbar.

▶️ Dah siap, sedia dihidangkan!

Nyumyy, nampak sedap dan menyelerakan kan. Patutlah selalu nampak orang atau bangsa dari negara lain susah nak tinggalkan masakan asal mereka.

Makanannya kaya dengan rempah dan aroma tak sama dengan masakan melayu. Kalau kita nak buat, kena gigih sikitlah mencari bahan-bahannya sebab jarang guna.

Kalau teringin, bolehlah anda buat kari india sedap dan kaw dari timur laut india ni. Nak ubah selera sekali sekala apa salahnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.