Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Muffin Pisang Coklat Chips Wangi Gebu. Sukatan Cawan. Confirm Jadi.

0 1,714

Kalau anda penimat kek pisang, mesti suka muffin pisang ni juga. Lebih kurang sama je rasanya. Janji guna pisang yang ranum dan wangi. Kali ni buat muffin pisang coklat chips pula. Rasa lebih advance. Dan nampak lebih mewah dan menarik.

Kalau buat untuk anak-anak mesti cepat je licin. Rasanya lebih sedap dan tak cepat muak. Bila buat dalam bentuk muffin lagi menarik perhatian mereka dan mudah untuk dimakan. Dengan teksturnya yang lembut dan gebu, dan taburan coklat chip, kalau anda buat berniaga pun mesti laku keras.

Resepi muffin pisang coklat chips ni dikongsikan oleh Azlina Ina. Bahannya sangat mudah macam buat kek biasa.

Cuma kena tambahkan pisang yang dilecek. Kalau nak naik lagi rasa dia, boleh tambahkan sikit esen pisang.

Untuk muffin, bakar dalam 30 minit je dah cukup. Berselera tengok bila muffin naik gebu dan cantik. Boleh bau semerbak wangi pisang satu rumah lepas dibakar.

 

RESEPI MUFFIN PISANG COKLAT CHIPS

Sebelum mula membuatnya, jangan lupa sediakan bekas muffin. Kalau guna bekas yang aluminium foil pun boleh. Ikutlah saiz mana yang anda suka.

Bahan-bahan:
Bahan A:
  • 1 cawan pisang (dilecek)

Bahan B:
  • 1 cawan butter (dicairkan)
  • 2 cawan tepung self rising (naik sendiri)
Bahan C:
  • 2 biji telur gred A (kalau gred B, gunakan 3 biji)
  • ½ cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalette
  • Esen pisang sedikit
  • 3 sudu besar susu pekat
Hiasan:
  • 1 cawan coklat chips

Cara buat muffin pisang coklat chips:

▶️ Mula-mula lecekkan pisang. Lecek pakai cawan atau senduk, terpulang pada anda. Janji hancur sebati. Kemudian ketepikan.

▶️ Buat bahan C dulu. Caranya, masukkan telur, gula halus, ovalette dan juga esen pisang dalam bekas mixer.

▶️ Putarkan sampai adunan jadi putih gebu.

▶️ Kemudian masukkan susu pekat dan putarkan lagi.

▶️ Dah sebati, matikan mixer.

▶️ Lepas tu masukkan bahan B. Mula-mula masukkan butter yang telah dicairkan.

▶️ Kemudian kacau sambil masukkan tepung self rising sikit demi sedikit. Kacau guna senduk je.

▶️ Seterusnya masukkan pisang dan kacau lagi supaya sebati.

▶️ Dah sebati sepenuhnya, masukkan dalam bekas muffin ¾ penuh.

▶️ Taburkan coklat chips.

▶️ Panaskan oven siap-siap.

▶️ Dan bakar pada suhu 170’c selama 30 minit. Gunakan api atas bawah.

▶️ Dah masak cantik dan gebu, boleh keluarkan dari oven.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Butter Orang Lama, Lebih Gebu Dan Moist. Mudah, Hanya 5 Bahan Je!

 

▶️ Sedia untuk dijamah.

Kalau berniaga pun boleh juga gunakan resepi ni. Sekarang ni muffin sebiji pun orang jual harga RM2. Tambah lagi ada taburan coklat chips. Tapi macam mana pun bergantung juga pada saiz.

Kalau buat untuk anak-anak sebagai dessert mereka ni memang sesuai. Lagipun bukan sekatat sedap, muffin ni pun macam kek juga. Boleh mengenyangkan.

Muffin pisang coklat chips yang sedap dan gebu macam ni boleh buat untuk makan sendiri atau hidang untuk tetamu. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.