pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Budu Air Asam Pedas Meleleh. Bahan Rahsia Sedap Dari Sambal Budu Biasa.

0 6,743

Siapa je yang tak suka budu? Nampak je depan mata terus senduk masuk pinggan. Makan dengan nasi atau cicah dengan ulam, fuhh terangkat rasa dia. Kalau peminat tegar tu, siap penuh dalam pinggan jadikah kuah macam gulai. Kali ni saya nak kongsikan resepi budu air asam pedas.

Budu ni memang jadi pencicah yang menaikkan lagi selera makan. Sama jugalah macam sambal belacan. Nak kena ada baru berselera nak makan. Tapi budu ni lagi special rasa dia. Orang yang bukan berasal dari Kelantan pun berhantu makan.

Nak sediakan budu yang sedap ni ada caranya. Resepi yang dikongsikan oleh Nanie Ripin ni menarik sebab ada masukkan bahan tambahan lain dari kebiasaan iaitu belacan. Rasanya nanti akan lebih ummph. Tak percaya cubalah.

Nanti confirm makan nasi bertambah-tambah. Rasanya kena masam-masam, manis dan pedas. Gandingkan dengan masakan lauk apa pun yang anda tengah makan memang menjadi.

Nak buat tak susah pun. Cuma kena rajin sikitlah nak menumbuk bawang, cili dan belacan. Nak makan sedap kan, kenalah rajin sikit. Tapi tak rugi buat. Berbaloi dengan kesedapannya tu.

 

RESEPI BUDU AIR ASAM PEDAS

Sukatan bahan ni sesuai untuk 8 sudu besar budu. Dapatlah dalam 1 mangkuk kecil. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 8 sudu besar budu
  • Air asam jawa
  • Perahan limau kasturi
  • Cili padi (ikut kepedasan)
  • 1 inci belacan
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • Gula secukup rasa

Cara buat budu air asam pedas:

▶️ Mula-mula tumbuk 2 biji bawang besar bersama dengan belacan dan cili padi. Tumbuk sampai lumat.

▶️ Kemudian masukkan dalam mangkuk.

▶️ Masukkan air asam jawa, budu dan jus limau kasturi. Kacaukan sebati.

▶️ Lepas tu tambahkan 1 sudu kecil gula dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau sekata.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Nak Buat Sambal Belacan Sedap Dan Padu? Mudah Je. Jom Ikut Resepi Ni Step By Step!

 

Boleh hidangkan dengan nasi putih. Kalau nak simple je, hidangkan dengan ulaman dan juga ikan goreng atau ikan kukus. Nak lagi nikmat makan dengan nasi berlauk waktu tengah hari. Padu betul rasanya.

Cukup rasa masam, masin, manis dan pedas. Kalau resepi budu lain berbeza sikit dengan resepi ni disebabkan bahan belacan tu. Rasa-rasanya kalau pencinta budu ni cukup ke makan satu pinggan? Mana tidaknya. Mesti bertambah punyalah.

Yang tak biasa makan budu pun bolehlah cuba. Sesekali ubah selera dari sambal belacan yang dah selalu makan. Budu ni banyak tempat ada jual. Di pasar raya dan kedai runcit ada je. Kalau nak cari di Shopee pun ada banyak dijual. Bolehlah nanti cuba resepi budu air asam pedas ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.