Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Arab Khubus Kurang Lemak, Hidangkan Dengan Kibdah Atau Hati Lembu Macam Restoran Arab.

0 1,070

Kalau anda pernah makan kat restoran arab, mesti pernah dengan hidangan kibdah atau masakan hati lembu yang dimasak penuh dengan bahan rempah. Sedap dan beraroma masakannya, sesuai dimakan dengan roti arab khubus yang gebu.

Roti arab khubus ni seakan roti canai tapi kurang berlemak sebab bahannya cuma garam dan butter. Bak kata orang hidangan roti khubus ni lebih sihat. Tekstur dan rasanya seakan capati. Sememangnya sedap dimakan dengan kibdah.

Tak semua biasa dengan makanan arab kan. Tapi kalau sesekali nak cuba, boleh buat masakan ni. Sama juga macam kita makan roti canai dan kuah kari. Mana tau bila dah cuba roti khubus ni sedap dengan selera kita. Malah kandungan bahannya lebih sihat.

Kalau tak nak makan dengan kibdah pun mungkin boleh tukarkan kepada hidangan lain yang anda suka. Dengan bahan yang sama, boleh je tukarkan hati lembu kepada daging biasa. Ikut selera anda.

Tapi kalau di restoran arab tu, bagi penggemar kibdah ni memang tak muak makannya bila dah rasa sekali. Jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Nadia Aziz ni.

 

RESEPI ROTI ARAB KHUBUS DAN KIBDAH

Resepi ni memang berasal dari negara arab iaitu Yemen. Hidangan roti ni memang terkenal di sana. Kalau nak ikutkan bermacam jenis roti yang ada. Namun khubus ni antara yang paling terkenal sekali sebab rasanya yang simple.

Untuk masakan kibdah pula, biasanya hidangan ni dimasak dengan rempah arab yang khas. Tapi kalau susah nak dapatkan boleh je gantikan dengan serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.

Bahan-bahan kibdah:
  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ biji tomato besar
  • ½ sudu kecil (cumin) jintan manis
  • 1 sudu kecil rempah arab atau kabsah@mandi
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar tomato puri
  • Daun ketumbar (Untuk naikkan wangi dan rase kibdah. Terpulang nak banyak mana)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rase
  • Sedikit kicap manis

Cara masak kibdah:

▶️ Mula-mula potong hati lembu dengan cara hiris dan memanjang. Lepas tu perapkan dengan jintan manis, rempah arab dan serbuk kunyit.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan tomato dan tumis sehingga layu.

▶️ Bila tomato dah garing, masukkan cili giling dan tomato puri. Kacau dan biarkan sehingga masak.

▶️ Bila cili dan tomato puri dah masak, masukkan hati lembu yang dah diperap.

▶️ Kacau sebati dan biarkan air hati lembu keluar. Tutup kuali selama 10 minit.

▶️ Selepas hati lembu dah masak, buka penutup dan biarkan kuah kering.

▶️ Perasakan dengan garam dan kicap manis secukup rasa.

▶️ Akhir sekali taburkan daun ketumbar dan kacau sekejap.

▶️ Dah siap, padamkan api.

Bahan-bahan roti arab khubus:
  • Tepung gandum
  • Habbatussaudah (agak-agak)
  • Garam secubit
  • Minyak dan butter/marjerin (resepi asal ialah lemak lembu, tapi tak ada di sini)
  • Air suam

Cara buat roti khubus:

▶️ Satukan kesemua bahan-bahan dan uli.

▶️ Jadikan doh tak melekat di tangan. Kalau melekat, basuh dulu dan bahagikan kepada beberapa bahagian.

▶️ Kalau anda buat ½ kilo tepung gandum, boleh dapat dalam 4 biji.

▶️ Dah bahagikan kepada 4 biji, tutup doh dan rehatkan dalam 10 minit.

▶️ Selepas tu canaikan atas papan.

▶️ Letakkan butter yang dicampurkan dengan minyak sedikit, kemudian ratakan dengan tangan.

▶️ Lipat roti kepada dua dari atas ke bawah.

▶️ Lipat sekali lagi dari bawah ke atas.

▶️ Kemudian lipat tepi dari kiri ke kanan.

▶️ Dan akhir sekali lipat dari kanan ke kiri.

▶️ Ini hasil roti yang dah siap dilipat.

▶️ Buat untuk keempat-empat doh. Kalau ada baki butter dan minyak boleh sapukan pada  roti.

▶️ Boleh perap roti selama 2, 3 hari dalam peti sejuk. Bila nak makan, canaikan dan bakar atas dapur.

▶️ Canaikan tak nipis dan tak tebal.

▶️ Panaskan kuali non stick. Sapukan sikit minyak dan bakar dengan api yang sederhana.

▶️ Dah garing, boleh angkat.

 

BACA JUGA: Resepi Bamia Ayam Sedap. Masakan Arab Yang Wajib Cuba!

 

▶️ Sedia dihidangkan dengan kibdah.

Cara nak buat roti arab khubus ni mudah je nak disediakan. Malah lebih senang dari roti canai sebab tak perlu tebar tepung.

Kibdah pun tak lah susah untuk sediakan bahannya. Sama juga macam nak masak kari atau rendang. Cuma kalau ada rempah arab tu lagi original rasanya.

Lepas ni kalau nak tukar selera, bolehlah buat roti arab khubus dan khibah ni untuk jadi hidangan sarapan pagi. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.