pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bamia Ayam Sedap. Masakan Arab Yang Wajib Cuba!

0 4,826

Selagi boleh pelbagaikan masakan di dapur, selagi tu boleh try masak. Why not kan kalau kena dengan tekak kita? Salah satu resepi lain dari yang lain kita boleh cuba ialah resepi bamia ayam yang terkenal sebagai makanan orang Arab ni.

Tak semua tempat pernah try masakan ni. Resepi bamia ni memang berasal dari orang Arab sana, tapi biasa dimasak dengan kambing. Tapi sekarang dah dipelbagaikan dan dimasak dengan daging atau ayam.

Biasanya bamia ni sedap cicah dengan roti kosong, lempeng dan seangkatan dengannya. Bahan asas untuk masak bamia ni ialah rempah ratus, namun dipelbagaikan lagi bahannya untuk rasa yang lebih sedap.

Kali ni saya ingin kongsikan resepi bamia ayam sedap dari Najha Joe yang pasti buat anda teruja. Resepinya ada bau wangi dengan serba serbi rempah, dan cukup rasa masam, manis dan pedas.

Dicampurkan lagi dengan bendi dan lobak merah sebagai penambahan sayuran dalam masakan. Jom kita lihat resepi ni.

 

RESEPI BAMIA AYAM

Di negara Arab, masakan bamia ni memang biasa dihidangkan dengan roti kosong, roti nan, roti arab. Di sini, anda boleh hidangkan dengan roti canai, capati, atau nak makan dengan nasi minyak atau nasi berperisa lain pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • ½ inci halia
  • 8-10 biji cili merah (kalau nak pedas lagi boleh tambahkan sikit cili padi. Boleh adjust ikut tahap kepedasan yang anda mahu)

 

Bahan-bahan lain:
  • ½ ekor ayam
  • ½ tin susu cair
  • 1 biji limau nipis
  • Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis (4 sekawan tu)
  • 4 sudu besar rempah kurma adabi
  • Sos tomato secukupnya (ikut rasa)
  • Daun ketumbar secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (dipotong 8)
  • Bendi ikut suka nak banyak mana
  • Lobak merah juga ikut suka nak banyak mana
  • Bawang goreng (nak lagi sedap, goreng sendiri)
  • Serbuk pati ayam maggi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak resepi bamia ayam:

▶️ Buat tairu dulu iaitu dengan perahkan limau nipis, kemudian campurkan dengan susu cair. Ketepikan seketika untuk biarkan dia sebati.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng sekejap lobak merah dan bendi sampai separuh masak. Ketepikan juga.

▶️ Blend bahan-bahan kisar.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai naik bau.

▶️ Seterusnya masukkan 4 sekawan.

▶️ Terus tumis semua bahan-bahan sehingga masak dan sedikit garing.

▶️ Selepas tu masukkan rempah kurma dan kacau sehingga sebati dan garing.

▶️ Masukkan pula tairu dan ayam.

▶️ Dan kemudian masukkan serbuk perisa ayam maggi, bawang besar, sos tomato, garam dan gula. Boleh agak-agak dan balance kan rasa masam, manis, masin dan pedasnya.

▶️ Terus kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.

▶️ Sementara tu dalam kuali lain, gorengkan bawang. Goreng dengan sedikit minyak sehingga warna kekuningan.

▶️ Dah siap goreng tu, masukkan bawang dan minyak-minyaknya sekali ke dalam masakan bamia tadi.

▶️ Masukkan bendi dan lobak merah dan kacau sehingga sebati.

Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Korea Pedas Yang Rangup Dan Sedap! Sekali Buat Confirm Repeat!

 

Sedap kalau buat minum petang atau sarapan pagi. Makan dengan roti canai, capati atau roti kosong bun. Sesekali buat hidangan untuk keluarga masakan lain yang biasa kita masak pun sedap juga kan.

Jangan lupa share resepi bamia ayam ni di wall Facebook anda. Nanti boleh dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.