Warning: fopen(/tmp/2cc9bd4b1e458f5c0f03c3ab4e9f0c3f-qfG0A7.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/2cc9bd4b1e458f5c0f03c3ab4e9f0c3f-qfG0A7.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Canai Sendiri. Tips Untuk Rangup Dan Lembut Sampai Ke Petang!

0 22,249

Bagi anda yang memang suka roti canai, ada rasa teringin tak nak belajar buat roti canai sendiri? Yelah, kalau kempunan, tak ada lah asyik ke mamak je order roti canai. Bila dah reti buat roti canai sendiri ni, pagi petang siang malam tak kisah layan roti canai.

Cicah dengan kuah kari, dhal, sambal, gula atau apa sahaja pun layan. Lagi pun dijamin sikit kebersihan berbanding beli roti canai di kedai. Kalau anda nak cuba, boleh ikut perkongsian resepi dan tips dari Iza Haliza Mohd Zaid ni.

Bila nak buat roti canai ni yang penting ialah cara anda kendalikan doh. Dari situ nak dapatkan roti yang rangup, sedap dan kekal lembut sampai ke petang.

Sebab tu orang kata kalau tangan cepat lenguh atau tak bertenaga, agak sukar nak dapatkan roti canai sedap. Sebab kalau ulinya tak cukup elastik, roti susah nak lembut lepas digoreng.

Ada bahan-bahan tambahan yang dimasukkan untuk mudah bagi anda menguli doh sekali gus manjadikan roti lembut dan lebih sedap. Jom lihat cara membuatnya.

 

ROTI CANAI HOMEMADE

Nak buat roti canai ni bukan masa tu nak makan, masa tu juga baru nak uli tepung. Biasanya anda perlu buat doh adunan tepung dulu, kemudian biarkan semalaman atau 2-3 jam. Esok baru goreng. Simpan di luar je. Tak perlu simpan dalam peti ais.

Tapi kalau anda nak frozen kan pun boleh. Cuma pastikan doh disalut dengan marjerin, kemudian tutup dengan plastik. Doh boleh tahan dalam fridge selama 3 bulan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 – 1 ½ cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak
Cara buat roti canai sendiri:

▶️ Mula-mula satukan air, garam dan susu. Kemudian kacau.

▶️ Masukkan tepung dalam besen, kemudian tuangkan sedikit demi sedikit bancuhan air susu tadi ke dalam tepung.

▶️ Ulikan dengan tangan secara manual.

▶️ Lepas tu campurkan dengan marjerin dan minyak masak.

▶️ Teruskan uli doh sampai lembut dan elastik.

▶️ Kemudian tutupkannya dengan kain lembab dan rehatkan dalam 30 minit.

▶️ Buatkan bulat kecil dalam 75-90 gram satu-satu (adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai).

▶️ Salutkan setiap satu doh dengan marjerin untuk mengelakkan melekat. Kalau nak gunakan minyak pun boleh.

▶️ Lepas tu biarkan dalam 2 jam. Kalau semalaman pun boleh.

▶️ Ready untuk tebar roti. Terpulang sama ada nak bentuk petak atau nak buat bulat berpusing/sanggul.

▶️ Lepas tu goreng seperti biasa. Jangan minyak banyak sangat.

▶️ Lepas goreng, tepuk-tepuk macam anda selalu nampak di kedai tu untuk timbulkan layer di dalam.

Tips untuk buat roti canai:

▶️ Untuk jadikan doh roti tu liat-liat, perlu letakkan minyak.

▶️ Untuk dapatkan roti canai rangup crispy, letakkan gula atau tambah susu pekat manis.

▶️ Kalau nak jadikan roti canai tu lembut sampai ke petang, uli adunan dengan air sejuk atau pun ais.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Nan Cheese Gebu Gebas Ala Kedai Mamak. Sedap Makan Macam Tu Je!

 

Puas hati kalau dapat buat roti canai sendiri kan? Untung juga sebab dapat simpan dan frozenkan. 3 bulan boleh tahan. Kalau simpan dekat bahagian chiller pun boleh tahan sampai seminggu.

Tak ada lah banyak masa nak menguli je. Uli sekali je, lepas tu simpan. Teragak nak makan terus tebar dan goreng.

Mujur ada perkongsian ni. Dah lama teringin nak buat roti canai sendiri. Dapat buat sekali berkeping-keping untuk keluarga, baru puas hati. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.