Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Bandung Sedap. Buat Pes Mee Bandung Terus. Nak Masak Terus Guna.

0 13,218

Mee bandung ni antara juadah mee berkuah yang sedap. Dengan kuahnya yang pekat dan air rebusan daging, rasanya memang menusuk. Bila duduk rumah ni asyik berselera je nak makan. Apa kata jom buat pes mee bandung, kemudian simpan supaya nanti mudah nak masak.

Bila sentiasa ada stok ni, kalau teragak boleh terus buat je. Frozenkannya boleh buatkan pes ni tahan lama. Macam tu lah agaknya kat kedai buat, kan? Buat pes sekali banyak, lepas tu simpan.

Resepi pes mee bandung yang dikongsikan oleh Yusreena Saiz Yusz ni ialah resepi warisan keluarga. Memang sentiasa laku keras bila dibuat berniaga. Mudah kalau buat dalam bentuk pes dan masak untuk setiap 1 orang makan. Bila masak satu-satu, rasanya pun lebih sedap.

Mee bandung ni yang buatkan berselera ialah kuahnya yang pekat. Ada bahan istimewa yang dimasukkan membantu memekatkan kuah. Tapi bukanlah tepung jagung macam selalu buat mee hailam tu.

Selain tu, bahan yang wajib ada ialah rebusan daging. Bila sebut mee bandung memang tak pernah nampak orang tak letak daging. Paling tidak pun masukkan sekali udang sebagai penambahan.

 

RESEPI PES MEE BANDUNG

Pes mee bandung ni banyak kegunaannya. Tak rugi kalau anda buat sekali banyak sebab tahan lama bila simpan dalam peti sejuk beku. Untungnya sebab pes ni boleh juga guna untuk buat mee goreng.

Bahan untuk pes mee bandung:
  • Cili kisar (jadikan 1 blender)
  • 10 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang besar
  • Udang geragau/pepai (rendam dulu , kemudian kisar dan dapatkan dalam 2 blender)
Cara buat pes:

▶️ Kisarkan bawang putih dan bawang merah.

▶️ Tuangkan ke dalam kuali bersama dengan cili kisar dan udang kisar.

▶️ Masak sehingga air kering dan jadi pes.

▶️ Padamkan api, dan biarkan sejuk sekejap.

▶️ Masukkan dalam bekas, dan simpan dalam peti sejuk beku untuk frozenkan.

Bahan untuk buat mee bandung:
  • Minyak saji (untuk menumis)
  • Kacang tanah (disangai, kemudian kisar kering)
  • Biskut lemak (ditumbuk halus. Biskut ni untuk pekatkan kuah)
  • Daging (direbus dan ambil air rebusan)
  • Telur
  • Garam dan gula secukupnya
  • Mee kuning
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Udang/sotong (ikut nak masukkan atau tak)

Cara masak mee bandung (untuk seorang makan. Kalau nak lebih boleh gandakan):

▶️ Panaskan minyak saji dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu pes mee bandung.

▶️ Masukkan 2 senduk besar atau 2 cawan air rebusan daging.

▶️ Kacau sebati sampai mendidih.

▶️ Lepas tu perasakan dengan ½ sudu kecil garam dan 2 sudu gula. Gula ni kena lebih sebab mee bandung ni sedap kalau ada rasa manis-manis.

▶️ Pecahkan telur dan jangan kacau. Biar telur masak dulu.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan kacang tanah yang dikisar bersama dengan bahan lain seperti daging, udang, sotong rendam.

▶️ Masukkan biskut lemak yang dah ditumbuk halus.

▶️ Akhir sekali masukkan mee, sawi dan tomato.

▶️ Gaul sebati dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Rebus Terengganu. Kuah Simple Je Tapi Padu. Confirm Hirup Sampai Licin!

 

Resepi mee bandung untuk 1 orang makan ni mudah bila kat kedai. Tapi kalau anda masak di rumah untuk keluarga, takut penat je masak satu-satu. Jadi boleh gandakan dan masak lebih.

Kepekatan kuah bergantunglah pada selera anda. Sebaiknya janganlah pekat sangat. Nanti kalau mee dah kembang lagi bertambah sikit kuahnya.

Untung ada resepi mee bandung sedap termasuk dengan pesnya sekali ni. Tak sangka bahan semua mudah dan ringkas je. Itu pun dah cukup menyelerakan. Nanti bolehlah anda mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.