Roti puri ni dah selalu viral disebabkan kesedapannya. Unik rasanya tak seperti roti canai atau roti lain yang dilempeng dan digorengkan. Rasa roti puri ni lebih lembut, nipis dan garing. Cuma kadang-kadang nak buat tu agak mencabar sebab ada yang dah cuba kadang-kadang tak naik kembang.
Bila tak naik kembang rasa tak mejadi pula kan. Bila kembang tu baru betul-betul dinamakan roti puri. Tapi kalau ikut caranya dengan betul, roti puri ni boleh naik cantik bila digoreng. Sesuai nak dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang.
Cicah dengan sambal ikan bilis atau kuah kari, lepas tu hidangkan dengan teh o atau kopi panas. Fuhh, memang sedap betul hidangan minum petang kali ni. Roti puri homemade ni kadang-kadang mampu buat lagi sedap dari kedai mamak. Lebih segar dan lembut lagi-lagi baru lepas lepas digoreng tu.
Buat sendiri ni lagi baik sebab anda boleh sukat atau kawal bahan perasa seperti garam dan gula tu. Kadang-kadang kalau order kat kedai mamak tak tahu berapa banyak pengambil bahan perasa yang dimasukkan.
Cara buat roti puri sedap dan lembut ni ada dikongsikan oleh Aien Ismail. Hanya 6 bahan je digunakan yang sangat simple dan mudah. Nampak cara buat mungkin agak renyah, tapi sebenarnya yang mungkin susah tu menguli sahaja. Kalau kena gaya, sebenarnya mudah je.
RESEPI ROTI PURI KEMBANG DAN LEMBUT
Untuk sukatan bahan ni, anda boleh dapat lebih 20 biji roti puri. Buat saiz kecil-kecil memang sedap dimakan. Sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 4 cawan
- Minyak masak 6 sudu makan
- Gula 2 sudu makan
- Yis 2 sudu makan
- Garam 2 sudu teh
- Air panas 1 cawan
Cara buat roti puri:
▶️ Mula-mula sediakan satu besen yang sesuai dan mudah untuk menguli.
▶️ Kemudian masukkan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam. Gaulkan sehingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
▶️ Selepas tu masukkan sikit demi sedikit air panas. Uli dengan tangan sehingga tak melekat.
▶️ Kalau doh tu rasa keras, maksudnya air tadi tak cukup. Masukkan lagi air masak. Tapi jangan berlebihan.
▶️ Selepas siap uli, ambil doh sedikit-sedikit kemudian bulat-bulatkan seperti saiz bola pingpong.
▶️ Kemudian perapkan sekejap dalam 15 minit.
▶️ Lepas perap, ambil doh dan leperkan atas pelandas. Gelekkan sehingga nipis. Lakukan sampai doh habis.
▶️ Panaskan minyak masak atas kuali.
▶️ Kemudian masukkan sekeping doh roti yang dah dileperkan tadi.
▶️ Semasa menggoreng, simbah-simbahkan minyak panas kat belah atas roti supaya naik kembung.
▶️ Selepas dah kembung dan garing, cepat-cepat angkat dan toskan minyak.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Roti Sardin Bertelu. Isi Tebal Mampat Dan Penuh Bahan. Confirm Anak-Anak Suka!
Mudah je kan sebenarnya cara buat roti puri sedap, lembut dan gebu ni. Buat banyak-banyak ni tak rugi sebab confirm tak cukup sebiji dua untuk seorang. Sebab roti puri ni sedap bila dimakan panas-panas dengan sambal tumis atau lauk kuah kari.
Kalau buat garing-garing, lagi sedap digigit dengan rasa crunchy nya tu. Hidangkan untuk suami dan anak-anak, pasti mereka puji tanpa henti. Selamat mencuba!