pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Terung Berlada Ala Thai. Sedap Dan Padu Dimakan Dengan Nasi! Wajib Cuba!

0 2,225

Sayur terung ni memang sedap kalau buat masa berlada. Kali ni saya nak kongsikan resepi terung berlada ala Thai yang ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Memang lengkap rasanya. Buat selupat sambal tu lebih sikit, fuhh memang padu dan menyelerakan kalau gaulkan dengan nasi!

Terung ni memang favorite kan. Antara sayuran kalau masak sambal ke, pecel ke, rasa dia memang umphh. Kalau biasa nak masak terung ni, kita mesti goreng dulu terung tu untuk lembutkannya. Tapi untuk resepi ni, terung tu dibakar dulu. Rasa dan aromanya memang berbeza.

Perkongsian resepi ni dari Noor Fatin Hazwani. Bahan-bahan asas untuk masak berlada ni semua simple je dan memang selalu ada di dapur. Cuma nak menambahkan rasa, letakkan udang geragau. Dan dah tentu kena ada nampla atau sos ikan kalau dah namanya masakan Thai.

Cara masaknya simple dan ringkas je. Kalau time bulan puasa, resepi terung berlada ala Thai ni antara menu sesuai anda boleh masak waktu berbuka dan bersahur, sebab ini antara masakan sayur yang cepat tapi menambat selera.

Kalau makan dengan nasi panas, memang nikmat. Bila dapat lauk ni je pun dah cukup. Tak perlu campurkan lagi dengan lauk lain. Rasa rugi nak menikmati kesedapan terung berlada ni kalau digaulkan dengan lauk lain. Tak percaya, anda boleh cuba.

 

RESEPI TERUNG BERLADA ALA THAI

Untuk resepi ni, gunakan terung panjang size baby. Lepas tu belahkan 2 di tengah. Sedap, mudah, dan comel je kalau dimasak. Lagi mudah untuk dibakar keseluruhannya.

Untuk sukatan bahan pula, anda boleh agak-agak mengikut berapa banyak terung nak dimasak. Janji selupat sambal cukup dan bersesuaian dengan terung. Kalau tak cukup selupat, tak sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Terung saiz baby
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Cili padi
  • Udang geragau
  • Nampla atau sos ikan
  • Lada putih
  • Garam
  • Gula

Cara masak terung berlada ala Thai:

▶️ Basuh bersih terung. Kemudian belahkan 2 di tengah-tengah tak putus.

▶️ Lepas tu bakarkan atas dapur je.

▶️ Lepas dah bakar, biarkan sekejap. Pastikan bakar keseluruhan ya.

▶️ Tumbukkan bawang putih dan cili api sehingga lumat.

▶️ Untuk menambahkan lagi rasa, tumbuk sekali udang geragau.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang holland sehingga garing.

▶️ Selepas dah garing, masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi. Tumis lagi sehingga garing dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan nampla. Jangan masukkan terlalu banyak sebab nampla ni ada rasa masin.

▶️ Masukkan sikit lada putih, dan perasakan dengan garam dan gula. Kena rasa-rasa dulu. Sebab nampla tadi dah masin. Seimbangkan rasa antara semua bahan perasa ni.

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Pecal Atau Gado-Gado Resepi Turun Temurun. Pedas Dan Mengancam!

 

▶️ Kalau rasa macam kering sangat, masukkan sikit air. Kemudian taburkan daun ketumbar yang dah dipotong halus.

▶️ Dah masak dan kering sikit air, boleh angkat.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Fuhh, sedapnya terung berlada ala Thai ni. Lengkap rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Kalau anda suka pedas, boleh lebihkan cili padinya tu. Confirm lagi padu.

Kalau nak lagi sedap, perahkan sikit limau nipis. Lain macam aroma dia. Nama je masak sayuran berlada, tapi rasa cukup kayangan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.