pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Pulut Panggang Sedap Step By Step. Mudah Je Caranya!

0 11,321

Siapa kat sini suka makan pulut panggang? Pulut panggang ni sedap kalau dapat makan yang pulutnya montel-montel, dan inti kat dalamnya pun banyak. Tapi susah juga nak jumpa orang jual pulut panggang kat gerai kuih ni.

Yang ada pun kadang-kadang kecil ramping je pulut panggangnya. Inti kadang-kadang seciput je diletak. Kalau nak buat sendiri, ada resepi pulut panggang sedap anda boleh buat.

Rujuk resepi Umi Watie ni yang ada sediakan step yang mudah untuk kita ikut. Berselera tengok pulut panggangnya yang gemuk, mampat dan tak kedekut inti!

Bahagian pulutnya sedap gebu, dan inti pun cukup berasa. Kalau makan seketul je tak puas. Bila makan lebih seketul, boleh sampai kenyang. Untung sebenarnya kalau buat sendiri kuih pulut panggang ni.

Boleh buat saiz ikut suka, dan letak inti sebanyak mana kita mahu. Untuk yang dah lama cari resepi pulut panggang sedap, boleh cuba ikut cara ni. Lepas ni bila dah reti, boleh buat sendiri je.

 

RESEPI PULUT PANGGANG

Sebelum buat inti pulut panggang, buatlah dulu bahagian pulutnya. Rendam siap-siap pulut selama sejam, kemudian tanak dalam periuk.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk pulut:

  • Pulut 1 cawan
  • Santan 1 ½ cawan
  • Garam

 

Bahan untuk inti:
  • Kelapa parut 2 cawan
  • Cili kering 10 biji
  • Bawang putih 10 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Ketumbar 2 sudu besar
  • Jintan manis 1 sudu teh
  • Serai 2 batang
  • Udang 1 cawan
  • Serbuk kari ikan 1 sudu makan
  • Kunyit 1 sudu teh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat pulut panggang:

▶️ Selepas rendam pulut selama 1 jam, tanaknya dalam periuk. Selepas tu baru siapkan inti.

▶️ Mula-mula kisar cili kering yang dah siap direbus bersama bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, serbuk kari dan kunyit.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalamnya.

▶️ Tumis sehingga garing, pecah minyak dan naik bau.

▶️ Seterusnya, kisar pula udang yang dah siap dibuang kulit dan kepalanya.

▶️ Dan masukkan udang kisar tu ke dalam kuali. Tumiskan sekali sampai naik bau harum.

▶️ Selepas udang dah sebati dengan bahan tumisan tadi, masukkan pula kelapa parut.

▶️ Gaulkan sekata kelapa parut tu dengan bahan lain. Kalau kelapa parut tak nampak sebati sepenuhnya dengan bahan tu, tambahkan sikit air.

▶️ Tumis sehingga kering. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Bila dah siap inti, tutup api.

▶️ Sediakan daun pisang yang dah siap dilayurkan atas api untuk lembutkannya.

▶️ Ambil pulut yang dah siap ditanak, dan letak atas daun pisang. Biarkan sejuk atau suam seketika.

▶️ Selepas tu, letak inti. Letaklah sebanyak mana anda suka.

▶️ Gulung dan balut kemas daun pisang tu macam dalam gambar. Kemudian ketip dengan stepler. Sedia untuk bakar.

▶️ Nak cara mudah, bakar atas kuali je. Ini cara senang bagi yang tak ada tempat bakar. Kalau nak ikut cara tradisional, boleh bakar atas bara api.

▶️ Dah siap! Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Tiram Sedap Dan Mudah. Rahsia Kuih Tiram Yang Rangup Dan Tahan Lama!

 

Sedapnya bila makan pulut panggang yang padat macam ni. Namun, kadang-kadang tu lain orang lain seleranya. Ada yang suka intinya sikit je dan pulut lebih. Ada juga suka sebaliknya. Ikut kesukaan masing-masing.

Kalau dapat makan panas-panas lepas angkat tu lagi sedap. Hidangkan waktu minum petang dengan teh o panas bersama keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.